Blog ini Ditaja Oleh

Monday, December 20, 2010

Begitu Berat DugaanMu Kali Ini

Begitu Berat DugaanMu Kali Ini

Ya Allah begitu berat dugaan mu kali ini
Dugaan ini berat sekali bagi diriku
Aku tak tahu adakah dapat aku hadapinya dugaan mu kali ini
Pening kepala aku memikirkan dugaanmu

Ya Allah kau sahajalah yang boleh menolongku
Kadang aku terlupa watak dan perangai
Aku manusia biasa yang berusaha tanpa jemu
Dugaanmu ini sungguh berat wahai tuhanku yang ku kasihi

Aku tak tahu di masa mendatang
Apa lagi dugaan yang bakal mengunjungi aku
Aku sudah penat dengan rintangan yang terpaksa aku tatang
Bilakah dugaan ini akan meninggalkan aku

Aku memohon pertolongan darimu ya Allah
Semoga kau bebaskanlah aku dari dugaan ini
Tiada siapa lagi yang aku dapat mengadu ya Allah
Kau sahaja yang ada di hati sanubari

Aku tak tahu berapa lama lagi harus aku bertahan
DugaanMu yang kau berikan padaku semakit hari semakin berat
Aku yang menanggung dugaan ini terasa tidak tahan
Kadang terfikir bilakah dugaan demi dugaan ini tamat

Apa yang aku buat sekarang cumalah bertahan
Entah berapa lama aku mampu harunginya
Aku manusia biasa yang mungkin tidak tahan
Itulah hakitnya kehidupan manusia di dunia biasa
[ yieMEGA, D'Jalan Merbau, Kota Bharu, Kelantan]

Baca Sepenuhnya!

Sunday, November 21, 2010

Mengubat Keresahan Di Hati

Mengubat Keresahan Di Hati

Resahnya di hati ini
Entah kenapa begini rasanya
Apa yang buat hati ku jadi begini
Hati ku kelu tak terkata

Hati ini semakin hari semakin resah
Ke manakah kau pergi membawa diri
Aku kau pandang tidak kisah
Adakah diriku ini kau benci

Jangan buat aku terus begini
Aku insan biasa yang juga berperasaan
Hatiku tak bisa disakiti lagi
Jangan buatkan aku merasa bosan

Apa salahku menjadi persoalan di hati
Kenapa kau pergi begitu saja
Tanpa berita atau warkah diberi
Kesabaran aku diuji oleh kau secara sengaja

Aku tak bisa lagi menahan sengsara ini
Luka di hatiku semakin parah
Mengenangkankan mu yang terus menyepi
Mungkinkah hubungan kita semakin parah

Ayuh segeralah kau menjawab soalan ku ini
Jangan buat aku terus merasa kecewa
Kau masih di hati Ku ini
Adakah aku masih dihatimu yang setia
[yieMEGA D'Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan]

Baca Sepenuhnya!

Wednesday, October 6, 2010

Menanti Debaran Di Galas

Menanti Debaran Di Galas

Bermula hari ini kita menantikan satu debaran
Debaran mengenai PRK DUN Galas
4 November 2010 hari penentuan
26 Oktober 2010 hari penamaan calon untuk harapan rakyat digalas

Mari kita menanti dengan penuh sabar
Siapa yang menjadi calon kita pilih dengan teliti
berkempenlah dengan berhemah dan penuh sabar
Pilihlah yang terbaik tersilap pilih kelak anda yang rugi

Gua Musang menjadi tumpuan
Peniaga-peniaga di sana sudah tersenyum lebar
tapi jangan pula letak harga yang bukan-bukan
Jangan mengambil kesempatan nanti orang hilang sabar

Mereka yang bertanding biarlah penuh adab sopan
Mereka yang berkempen, berkempenlah dengan cermat
Jangan menyebar fitnah, jangan ditanam kebencian
Agar kita semua selamat

Mereka yang menang galaslah harapan rakyat
Mereka yang kalah usahlah kecewa
Kalah dan menang adalah persaingan yang sihat
Mereka yang menang harap rakyat tidak kecewa
[ yieMEGA D'Gua Musang, Kelantan]


Enhanced by Zemanta

Baca Sepenuhnya!

Wednesday, September 1, 2010

Kenapa jadi begini....

Kenapa jadi begini....

Aku terfikir di dalam benak kepalaku
Kenapa kau buat aku begini
Aku merasa siksa dengan kamu
Kau tak melihat seksa di hati ini

Kau ajak aku keluar
Aku turuti tanpa membantah
Tapi sayang hanya seminit dua kita keluar
Aku sendiri sudah naik menyampah

Aku juga berfikir kenapa kau tak lama dengan aku
Adakah ada salah yang telah ku buat
Kalau ada salah dan silap harap maafkan aku
Mungkin aku dah buat salah tetapi aku tak ingat

Kau sudah aku anggap macam adiku sendiri
Aku pun tak pasti adakah kau anggap aku macam abang kau
Terguris hati ini mengenangkan perbuatan kau ini
Kini kau tak payah merasa risau

Abang tetap di sini bukan merajuk tetapi menyendiri
Abang tak mahu lagi menganggu kau
Biarlah abang di sini sendiri
Abang di sini sihat selalu

Fikirlah duhai adiku
Hati abang ini tidak mahu diguris lagi
Abang biarkan kau disitu
Usah kau mencari abang buat sementara ini
[yieMEGA D'Kota Bharu, Kelantan]

Enhanced by Zemanta

Baca Sepenuhnya!

Thursday, August 12, 2010

Semangat Ramadhan

Semangat Ramadhan

Satu bulan dalam Bulan Islam
Bulan memperbanyakkan amal ibadat
Ramadhan namanya mengikut bulan Islam
Bulan di mana umat Islam menggandakan ibadat

Di bulan ini datang satu semangat
Semangat itu dikenali Semangat Ramadhan
Di siang hari berpuasa dengan penuh semangat
Di malam hari amal dan ibadat terus digandakan

Menahan diri dari lapar dan dahaga bukan itu sahaja
Kelakuan diri juga perlu ada batasan
Kerana bulan ini ada hikmahnya
Bersabarlah menerima balasan

Bulan ini mendidik kita untuk bersabar
Bulan ini memberikan kita peluang
Apa yang terjadi ambil iktibar
Kerana mungkin Ramadhan akan datang kita tidak berpeluang

Di dalam ada satu malam
Malam yang dipanggil Lailatulqadar
Berusahalah kita mengejarnya di waktu malam
Janganlah kita buat secara ala kadar
[yieMEGA, D'Sungai Keladi, Kota Bharu, Kelantan]


Enhanced by Zemanta

Baca Sepenuhnya!

Sunday, August 1, 2010

Andai Ku Tahu

Andai Ku Tahu

Andai Ku Tahu Guan Eng Penipu
Dari dulu aku tak undi
Andai ku tahu DAP begitu
Dari dulu aku benci

Andai ku tahu PR Kencing Rakyat
Sudah lama aku tak menyokongnya
Andai ku tahu perangai Anwar begitu berat
Sudah lama aku membencinya

Andai ku tahu PR Pakatan adalah 3 Mambang
Mambang pasir, mambang balak dan mambang tanah
Dari dulu aku pilih BN tampa bimbang
Tapi sekarang semua habis musnah

Andai ku tahu, pasir selangor habis dicuri
Bulan, Bulan Gerhana, Roket aku tak pangkah
Kini pasir sudah hampir habis dicuri
Kini Selangor makin bernanah





Enhanced by Zemanta

Baca Sepenuhnya!

Sunday, July 18, 2010

Hikayat Sebuah Kehidupan

HIKAYAT SEBUAH KEHIDUPAN

Hidup ini bagai roda
Kadangkala kita diatas
Kadangkala kita dibawah roda
Masa sehari-hari kian pantas

Diri ini adalah seorang insan biasa
Hidup ini hanyalah pinjaman ekspres
Ada manusia yang berbudi dan berbahasa
Ada juga manusia yang budinya tak terbalas

Walau apa pun alasan kita
Kita bukanya hidup sehingga tahun beratus-ratus
Dosa dan pahala kita tiap hari dikira
Bila masa tiba nyawa berpisah daripada jasad dengan pantas

Walau sekuat mana pun kita
Izrael tetap datang memanggil tak kira lambat atau pantas
Beramallah kita agar diampunkan dosa kita
Agar ditambahkan pahala kita dengan deras

Kepada yang suka melaga-laga
Usahlah lagi menjadi pencantas
kerana hidup ini hanyalah sementara
Janganlah kita mati di dalam arus dosa yang deras

Baca Sepenuhnya!

Wednesday, April 21, 2010

Tiada Lagi Lebih Kurang

Tiada Lagi Lebih Kurang

Sudah jadi budaya orang kita dari dulu hingga sekarang
Buat kerja lebih kurang
Tanya waktu jawapanya Lebih Kurang
Apabila buat kerja Lebih Kurang

Itu sepatutnya bukan lagi cara kerja orang sekarang
Mengapa kita selalu buat kerja lebih kurang
Kita kerja buat bila bos garang
Bila bos tak ada buat kerja macam kerang

Kemanakah perginya semangat perjuangan orang sekarang
Kerja sedikit gajinya nak banyak datang pun jarang-jarang
Bos marah mulalah melenting muka jadi garang
Kalau begininya caranya bagaiman rezeki secupak nak jadi segantang

Ubahlah perangai usahlah lebih kurang
Tingkat produktiviti demi wang
Jangan lagi kau bekerja secara curang
Negara kita tidak boleh kecundang.
[yiemega D'Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan]

Baca Sepenuhnya!

Friday, March 19, 2010

Hukum Alam Duniawi

Hukum Alam Duniawi

Alam Duniawi hanyalah alam pinjaman
Di alam ini manusia sentiasa diuji
Pelbagai cara Allah menguji manusia dengan ujian
Kadangkala tak termampu oleh kita ujian yang diuji

Manusia pelbagai ragam dan perangai
Ada yang jadi lintah darat
Ada juga yang jadi pemimpin bingai
Ada juga manusia yang otaknya sudah berkarat

Hukum Alam Duniawi
Kadang-kadang panas terik tanpa setitik hujan
Kadang-kadang hujan terus membasahi
Matahari segan menonjolkan diri

Itulah buktinya betapa besarnya kekuasaaNya
Kita pun mesti mengakui
DaripadaNya kita datang, KepadaNya kita kembali selamanya
Dalam melayari bahtera duniawi jangan lupakan akhirat yang kita hampiri
[yiemega, D'Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan]



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Wednesday, March 10, 2010

Kemarau Yang Panjang

Kemarau Yang Panjang

Sudah berhari matahari menyinar garang
Air di sungai semakin surut dan suhu terus meningkat
Sudah ada negeri yang terpaksa dicatu airnya kerana empangan kering
Setiap hari aku memohon agar hujan turun membasahi bumi yang hangat

Di musim panas ini pelbagai penyakit mula menyerang
Kebiasaan demam dan sakit kerongkong kesnya meningkat
Cuaca hari ini sungguh panas dan terang
Ramai yang memohon agar bumi ini ditumpa hujan lebat

Rumput bertukar warna daripada hijau menjadi kuning perang.
Musim panas begini alangkah lazatnya menikmati ABC atau pengat
Ada juga rumput yang sudah mulai terbakar bagai belerang
Itulah rumput di musim kemarau yang panjang sangat

Aku pun tidak tahu entah bila kemarau ini akan hilang
Mungkin satu hari, satu bulan tak pun satu tahun yang penuh keringat
Aku sentiasa berdoa agar bumi ini dibasahi hujan dan kemarau pun hilang
Moga doaku termakbul demi kesuburan tanah kita sihat.
[yieMEGA, D'Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan]

Baca Sepenuhnya!

Friday, January 29, 2010

Tiada Lagi Bangsa

Tiada Lagi Bangsa

Tiada lagi Bangsa
1Malaysia menjadikan bangsa tidak penting
disebalik bangsa lain terus berkualiti, bangsa kita terus terlena
Kita tak peduli kalau bangsa lain tak nak isytihar bangsa kerana tidak penting
Tapi bangsa kita tak rela dari membuka hinggalah pejam mata bangsa dihapuskan begitu saja

Tiada lagi bangsa
Dalam borang-borang Kerajaan
1Malaysia punya pasal dikorbankan bangsa
Jangan dimansuhkan pernyataan bangsa oleh borang kerajaan
Bukankan keturunan kita bermula daripada bangsa

Tiada lagi bangsa
Adalah lebih baik kita mengekalkan bangsa dalam borang kerajaan
Tetapi tidak mewajibkan ianya diisi oleh mereka yang malu dengan bangsa mereka
Usahlah digadai bangsa untuk 1Malaysia satu kebangsaan

Tiada lagi bangsa
Jadi untuk apa kita dilahirkan pelbagai bangsa masyarakat majmuk
Untuk apa kita membuang bangsa
Adakah ia hanya bertujuan untuk memujuk.
[yiemega, D'JKR 10, Kota Bharu, Kelantan]
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Monday, January 11, 2010

Kenapa Dibakar Gereja Itu...

Kenapa Dibakar Gereja Itu...

Kenapa dibakar gereja itu
apa salah gereja itu
kenapa tindakan kau melulu
tindakan itu Islam dapat malu

Walau apa jua alasan kau
Aku tak terima perbuatan kau
Aku tak setuju dengan pengkhianat kau
Walau aku pun risau tentang cubaan mereka itu

Apa salah gereja itu
Gereja itu tak tahu apa-apa tentang itu
Islam kan menuntut umatnya menghormati rumah ibadat agama itu
janganlah kau buat lagi begitu

Kepada yang terlibat membakar gereja itu
tampilah menyerah diri kerana perbuatanmu tidak mendapat restu
ingat Islam cintakan keamanan bukan perbuatan seperti itu
Kalau pun tak berpuas hati gunalah cara diplomasi yang jitu

Sudahlah kau jangan lagi buat begitu
jangan lagi kau terus merosakkan imej Islam yang padu
Marilah bersatu dan padu
berjuang menegakkan Islam dengan cara yang jitu
[yiemega, D'Kampong Gu, Kubang Kerian, Kelantan]

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Saturday, January 2, 2010

Berlabuhnya Tirai 2009, Terbukanya Tirai 2010

Berlabuhnya Tirai 2009, Terbukanya Tirai 2010

Tirai 2009 Telah dilabuhkan
2009 telah diisi dengan pelbagai ragam dan peristiwa
Hidup ini kadang-kadang diperlukan
Kadang-kadang terus dilupa

2009 memberi kenangan penuh kesyahduan
2010 pula menjelma
Harapnya 2010 memberi sinar baru dalam kehidupan
Impianku menjadi yang terbaik di dunia

2009 meninggalkan pelbagai catatatan dalam kehidupan
Kadang gembira kadang sengsara
Itulah resam dunia kita tak selalunya berada di hadapan
Kalau pun kita berjaya jangan dilupa bangsa kita

2010 tekadkan impian teruskan perjuangan
Marilah kita menuju kejayaan yang sempurna
Walau siapapun kita tetap perlukan pengorbanan
Pengorbanan walau sedikit akan membuat kita berjaya

2010 aku ingin lihat bangsaku dalam penyatuan
Umat Islam di negaraku terus berpadu agar kejayaan tercipta
Usah lah berpecah lagi demi perpaduan
Bersatulah demi Agama, Bangsa dan Negara
[yieMEGA, D'Repek Pasir Mas, Kelantan]



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!
 

©2009 KaryaMelayu2u | by TNB