Blog ini Ditaja Oleh

Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Monday, May 29, 2017

Adakah Ramadhan Ini Ramadhan Terakhirku

Adakah Ramadhan Ini Ramadhan Terakhirku

Ramadhan sudah datang lagi
Kedatanganmu ditungu-tunggu
Adakah ini Ramadhan terakhir bagi diriku ini
Ku berdoa agar dapat menghadapi Ramadhan kali ini hingga ke penghujungnya nanti

Aku berharap Ramadhan ini akan terus bermakna
Aku cuba untuk mengadakan ibadahku
Aku cuba untuk mengurangkan dosa 
Agar Ramadhan kali ini terbaik bagiku

Aku mengharap pengampunan Yang Esa
Di atas dosa-dosa silamku
Aku mengharap amal ibadatku lebih baik dari yang dulu kala
Menitis air mataku mengenakan dosa masa lalu ku

Aku terus memanjatkan doa
Agar Ramadhan kali ini yang terbaik bagi diriku
Aku cuba dan terus mencuba berusaha
Sekiranya ini Ramadhan terakhirku 


Baca Sepenuhnya!

Tuesday, October 4, 2011

Mengapa Kau Tak Pedulikan Aku

Mengapa Kau Tak Pedulikan Aku

Aku duduk termenung sendirian
Memikirkan apakah salahku ini
Kini aku kau sudah tidak pedulikan
Adakah kau sudah  bosan dengan aku ini

Jika dulu kau banyak bersama aku
Kini tidak lagi kau sibuk dengan kawan-kawan
Jika dulu balik sekolah kau datang rumah aku
Kini kau balik sekolah kau lepak rumah kawan

Jika dulu kau sukar untuk kelihatan marah
Kini kau begitu mudah marah walau sikit salahnya
Setiap hari luka dihatiku ini bertambah parah
Perangai kau dah tak seperti dulu kala

Kini kau jenguk aku kadang-kadang
Kau terus membuat diri aku ini sedih
Tapi kau tetap tak peduli dan juga tak memandang
Aku dah mula naik letih

Setiap hari kau sibuk dengan kawan kau
Aku di sini bagai dilupakan terus
Bila kau berjanji akhirnya tidak ditepati oleh kau
Aku merasakan perasaan aku bagai dihiris terus

Aku sentiasa menanti agar kau berubah semula
Aku merindui diri kau yang dulu
Diri kau yang ceria
Diri kau yang tak memilih bulu
[Nukilan: yieMEGA D'Padang Bongor, Kota Bharu Kelantan]

Baca Sepenuhnya!

Tuesday, July 19, 2011

Mengapa Kau Berubah

Mengapa Kau Berubah

Kau sudah tidak seperti dulu
Jika dulu kau susah untuk merajuk
kini kau sudah tidak seperti dulu
hampir setiap hari kau merajuk

Aku tak faham kenapa kau berubah
Aku pun tak tahu kenapa kau jadi begini
Kau telah banyak menyakiti hati aku tak sudah-sudah
Aku sudah sekian lama bertahan aku bimbang tak tahan lagi

Aku tertanya-tanya pada hati
Bilakah perangai kau nak kembali seperti dulu
Setiap hari kau telah sakiti hati
Kadang-kadang aku pun naik berbulu

Cuba kau terangkan kat aku
Kenapa kau berubah
Apakah salahku padamu
Hatiku sakit bagai demam tak kebah

Berapa lama lagi kau nak begitu
Aku harap kau berubah kembali
Aku doakan agar kau kembali seperti dulu
Jangan sampai aku naik benci

Tolonglah jangan sakiti hati aku lagi
Aku manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan
Mungkin aku tak mampu lagi menahan dugaan ini
Akhirnya terpaksalah aku dirimu ku tinggalkan
[Nukilan: yieMEGA D'Jln Sri Cemerlang, KB, Kelantan]

Baca Sepenuhnya!

Thursday, January 6, 2011

Hujan Tanpa Henti

Hujan Tanpa Henti

Dari pagi kau membasahi bumi Kelantan
Negeri yang digelar serambi Mekah
Sehari suntuk sang mentari tidak kelihatan
Apa yang ada titisan air hujan yang semakin marah

Hujan tanpa henti
Itulah kuasa yang Maha Perkasa
Dialah pencipta langit dan bumi
Itulah hakikat yang perlu kita percaya

Hebatnya Kuasa Allah yang satu
KekuasaaNya mampu membuat sang mentari terlindung
KehebataNya mampu membuat hujan batu
Itulah kuasanya yang Maha Perkasa tiada siapa boleh lindung

Hujan Tanpa Henti
Sekiranya kau terus membasahi bumi kita
Mungkin tak berapa lama lagi banjir akan kemari
Bersabarlah kita menerima ujian dariNya

Air di sungai kelihatan semakin naik
Itulah dugaan yang Maha Perkasa
Adakah mampu kita mengharungi ujian ini dengan baik
Di akhirat hari perhitungan untuk kita

Bagi mereka yang masih belum puas membuat dosa
Marilah tinggalkan dosa carilah pahala untuk bekalan di Ukhrawi
Ingatlah kematian tidak mengenal usia
Bersedialah kamu untuk mati
[ yieMEGA D'Lorong Che Mat Baba, Kota Bharu, Kelantan]

Baca Sepenuhnya!

Monday, December 20, 2010

Begitu Berat DugaanMu Kali Ini

Begitu Berat DugaanMu Kali Ini

Ya Allah begitu berat dugaan mu kali ini
Dugaan ini berat sekali bagi diriku
Aku tak tahu adakah dapat aku hadapinya dugaan mu kali ini
Pening kepala aku memikirkan dugaanmu

Ya Allah kau sahajalah yang boleh menolongku
Kadang aku terlupa watak dan perangai
Aku manusia biasa yang berusaha tanpa jemu
Dugaanmu ini sungguh berat wahai tuhanku yang ku kasihi

Aku tak tahu di masa mendatang
Apa lagi dugaan yang bakal mengunjungi aku
Aku sudah penat dengan rintangan yang terpaksa aku tatang
Bilakah dugaan ini akan meninggalkan aku

Aku memohon pertolongan darimu ya Allah
Semoga kau bebaskanlah aku dari dugaan ini
Tiada siapa lagi yang aku dapat mengadu ya Allah
Kau sahaja yang ada di hati sanubari

Aku tak tahu berapa lama lagi harus aku bertahan
DugaanMu yang kau berikan padaku semakit hari semakin berat
Aku yang menanggung dugaan ini terasa tidak tahan
Kadang terfikir bilakah dugaan demi dugaan ini tamat

Apa yang aku buat sekarang cumalah bertahan
Entah berapa lama aku mampu harunginya
Aku manusia biasa yang mungkin tidak tahan
Itulah hakitnya kehidupan manusia di dunia biasa
[ yieMEGA, D'Jalan Merbau, Kota Bharu, Kelantan]

Baca Sepenuhnya!

Sunday, November 21, 2010

Mengubat Keresahan Di Hati

Mengubat Keresahan Di Hati

Resahnya di hati ini
Entah kenapa begini rasanya
Apa yang buat hati ku jadi begini
Hati ku kelu tak terkata

Hati ini semakin hari semakin resah
Ke manakah kau pergi membawa diri
Aku kau pandang tidak kisah
Adakah diriku ini kau benci

Jangan buat aku terus begini
Aku insan biasa yang juga berperasaan
Hatiku tak bisa disakiti lagi
Jangan buatkan aku merasa bosan

Apa salahku menjadi persoalan di hati
Kenapa kau pergi begitu saja
Tanpa berita atau warkah diberi
Kesabaran aku diuji oleh kau secara sengaja

Aku tak bisa lagi menahan sengsara ini
Luka di hatiku semakin parah
Mengenangkankan mu yang terus menyepi
Mungkinkah hubungan kita semakin parah

Ayuh segeralah kau menjawab soalan ku ini
Jangan buat aku terus merasa kecewa
Kau masih di hati Ku ini
Adakah aku masih dihatimu yang setia
[yieMEGA D'Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan]

Baca Sepenuhnya!

Wednesday, September 1, 2010

Kenapa jadi begini....

Kenapa jadi begini....

Aku terfikir di dalam benak kepalaku
Kenapa kau buat aku begini
Aku merasa siksa dengan kamu
Kau tak melihat seksa di hati ini

Kau ajak aku keluar
Aku turuti tanpa membantah
Tapi sayang hanya seminit dua kita keluar
Aku sendiri sudah naik menyampah

Aku juga berfikir kenapa kau tak lama dengan aku
Adakah ada salah yang telah ku buat
Kalau ada salah dan silap harap maafkan aku
Mungkin aku dah buat salah tetapi aku tak ingat

Kau sudah aku anggap macam adiku sendiri
Aku pun tak pasti adakah kau anggap aku macam abang kau
Terguris hati ini mengenangkan perbuatan kau ini
Kini kau tak payah merasa risau

Abang tetap di sini bukan merajuk tetapi menyendiri
Abang tak mahu lagi menganggu kau
Biarlah abang di sini sendiri
Abang di sini sihat selalu

Fikirlah duhai adiku
Hati abang ini tidak mahu diguris lagi
Abang biarkan kau disitu
Usah kau mencari abang buat sementara ini
[yieMEGA D'Kota Bharu, Kelantan]

Enhanced by Zemanta

Baca Sepenuhnya!

Thursday, August 12, 2010

Semangat Ramadhan

Semangat Ramadhan

Satu bulan dalam Bulan Islam
Bulan memperbanyakkan amal ibadat
Ramadhan namanya mengikut bulan Islam
Bulan di mana umat Islam menggandakan ibadat

Di bulan ini datang satu semangat
Semangat itu dikenali Semangat Ramadhan
Di siang hari berpuasa dengan penuh semangat
Di malam hari amal dan ibadat terus digandakan

Menahan diri dari lapar dan dahaga bukan itu sahaja
Kelakuan diri juga perlu ada batasan
Kerana bulan ini ada hikmahnya
Bersabarlah menerima balasan

Bulan ini mendidik kita untuk bersabar
Bulan ini memberikan kita peluang
Apa yang terjadi ambil iktibar
Kerana mungkin Ramadhan akan datang kita tidak berpeluang

Di dalam ada satu malam
Malam yang dipanggil Lailatulqadar
Berusahalah kita mengejarnya di waktu malam
Janganlah kita buat secara ala kadar
[yieMEGA, D'Sungai Keladi, Kota Bharu, Kelantan]


Enhanced by Zemanta

Baca Sepenuhnya!

Sunday, August 1, 2010

Andai Ku Tahu

Andai Ku Tahu

Andai Ku Tahu Guan Eng Penipu
Dari dulu aku tak undi
Andai ku tahu DAP begitu
Dari dulu aku benci

Andai ku tahu PR Kencing Rakyat
Sudah lama aku tak menyokongnya
Andai ku tahu perangai Anwar begitu berat
Sudah lama aku membencinya

Andai ku tahu PR Pakatan adalah 3 Mambang
Mambang pasir, mambang balak dan mambang tanah
Dari dulu aku pilih BN tampa bimbang
Tapi sekarang semua habis musnah

Andai ku tahu, pasir selangor habis dicuri
Bulan, Bulan Gerhana, Roket aku tak pangkah
Kini pasir sudah hampir habis dicuri
Kini Selangor makin bernanah





Enhanced by Zemanta

Baca Sepenuhnya!

Sunday, July 18, 2010

Hikayat Sebuah Kehidupan

HIKAYAT SEBUAH KEHIDUPAN

Hidup ini bagai roda
Kadangkala kita diatas
Kadangkala kita dibawah roda
Masa sehari-hari kian pantas

Diri ini adalah seorang insan biasa
Hidup ini hanyalah pinjaman ekspres
Ada manusia yang berbudi dan berbahasa
Ada juga manusia yang budinya tak terbalas

Walau apa pun alasan kita
Kita bukanya hidup sehingga tahun beratus-ratus
Dosa dan pahala kita tiap hari dikira
Bila masa tiba nyawa berpisah daripada jasad dengan pantas

Walau sekuat mana pun kita
Izrael tetap datang memanggil tak kira lambat atau pantas
Beramallah kita agar diampunkan dosa kita
Agar ditambahkan pahala kita dengan deras

Kepada yang suka melaga-laga
Usahlah lagi menjadi pencantas
kerana hidup ini hanyalah sementara
Janganlah kita mati di dalam arus dosa yang deras

Baca Sepenuhnya!

Wednesday, April 21, 2010

Tiada Lagi Lebih Kurang

Tiada Lagi Lebih Kurang

Sudah jadi budaya orang kita dari dulu hingga sekarang
Buat kerja lebih kurang
Tanya waktu jawapanya Lebih Kurang
Apabila buat kerja Lebih Kurang

Itu sepatutnya bukan lagi cara kerja orang sekarang
Mengapa kita selalu buat kerja lebih kurang
Kita kerja buat bila bos garang
Bila bos tak ada buat kerja macam kerang

Kemanakah perginya semangat perjuangan orang sekarang
Kerja sedikit gajinya nak banyak datang pun jarang-jarang
Bos marah mulalah melenting muka jadi garang
Kalau begininya caranya bagaiman rezeki secupak nak jadi segantang

Ubahlah perangai usahlah lebih kurang
Tingkat produktiviti demi wang
Jangan lagi kau bekerja secara curang
Negara kita tidak boleh kecundang.
[yiemega D'Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan]

Baca Sepenuhnya!

Friday, March 19, 2010

Hukum Alam Duniawi

Hukum Alam Duniawi

Alam Duniawi hanyalah alam pinjaman
Di alam ini manusia sentiasa diuji
Pelbagai cara Allah menguji manusia dengan ujian
Kadangkala tak termampu oleh kita ujian yang diuji

Manusia pelbagai ragam dan perangai
Ada yang jadi lintah darat
Ada juga yang jadi pemimpin bingai
Ada juga manusia yang otaknya sudah berkarat

Hukum Alam Duniawi
Kadang-kadang panas terik tanpa setitik hujan
Kadang-kadang hujan terus membasahi
Matahari segan menonjolkan diri

Itulah buktinya betapa besarnya kekuasaaNya
Kita pun mesti mengakui
DaripadaNya kita datang, KepadaNya kita kembali selamanya
Dalam melayari bahtera duniawi jangan lupakan akhirat yang kita hampiri
[yiemega, D'Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan]



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Wednesday, March 10, 2010

Kemarau Yang Panjang

Kemarau Yang Panjang

Sudah berhari matahari menyinar garang
Air di sungai semakin surut dan suhu terus meningkat
Sudah ada negeri yang terpaksa dicatu airnya kerana empangan kering
Setiap hari aku memohon agar hujan turun membasahi bumi yang hangat

Di musim panas ini pelbagai penyakit mula menyerang
Kebiasaan demam dan sakit kerongkong kesnya meningkat
Cuaca hari ini sungguh panas dan terang
Ramai yang memohon agar bumi ini ditumpa hujan lebat

Rumput bertukar warna daripada hijau menjadi kuning perang.
Musim panas begini alangkah lazatnya menikmati ABC atau pengat
Ada juga rumput yang sudah mulai terbakar bagai belerang
Itulah rumput di musim kemarau yang panjang sangat

Aku pun tidak tahu entah bila kemarau ini akan hilang
Mungkin satu hari, satu bulan tak pun satu tahun yang penuh keringat
Aku sentiasa berdoa agar bumi ini dibasahi hujan dan kemarau pun hilang
Moga doaku termakbul demi kesuburan tanah kita sihat.
[yieMEGA, D'Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan]

Baca Sepenuhnya!

Saturday, January 2, 2010

Berlabuhnya Tirai 2009, Terbukanya Tirai 2010

Berlabuhnya Tirai 2009, Terbukanya Tirai 2010

Tirai 2009 Telah dilabuhkan
2009 telah diisi dengan pelbagai ragam dan peristiwa
Hidup ini kadang-kadang diperlukan
Kadang-kadang terus dilupa

2009 memberi kenangan penuh kesyahduan
2010 pula menjelma
Harapnya 2010 memberi sinar baru dalam kehidupan
Impianku menjadi yang terbaik di dunia

2009 meninggalkan pelbagai catatatan dalam kehidupan
Kadang gembira kadang sengsara
Itulah resam dunia kita tak selalunya berada di hadapan
Kalau pun kita berjaya jangan dilupa bangsa kita

2010 tekadkan impian teruskan perjuangan
Marilah kita menuju kejayaan yang sempurna
Walau siapapun kita tetap perlukan pengorbanan
Pengorbanan walau sedikit akan membuat kita berjaya

2010 aku ingin lihat bangsaku dalam penyatuan
Umat Islam di negaraku terus berpadu agar kejayaan tercipta
Usah lah berpecah lagi demi perpaduan
Bersatulah demi Agama, Bangsa dan Negara
[yieMEGA, D'Repek Pasir Mas, Kelantan]



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Saturday, December 26, 2009

Mengapa Kau Buat Abang Begini?

Mengapa Kau Buat Abang Begini?

Abang sentiasa cuba penuhi permintaanmu
Apa saja permintaanmu akan abang cuba tunaikanya
Tapi mengapa adik terus membuatkan abang kecewa denganmu
Bukan dipinta balasan darimu wahai adikku yang tercinta

Abang sentiasa berkorban untukmu
Walaupun tiada satu pun pengorbananmu untuk abang hanyalah derita
Mengapa kau buat abang begini duhai adiku
Tergamak kau membiarkan abang terus menderita

Abang kecewa denganmu
Kamu seolah-olah tidak menghargai diri abang yang tak berbisa
Adik, telah banyak kau menyakiti hatiku
Tak mahu lagi hati abang disakiti oleh racunmu yang berbisa

Biarkanlah abang sendiri menahan sakitku
Abang sayang adik sehingga tak terkata
Tapi adik tak ada pun sekelumit perasaan sayang padaku
Biarkanlah abang pergi dari hidupmu buat selama-lamanya

Abang dah penat melalui derita ini yang kau berikan padaku
Semoga adik sedar satu masa nanti dan belajar menghargai abang yang gila
Cukuplah segala permintaanmu yang pernah abang tunaikan dulu
Tidak ada lagi satu permintaan baru untuk abang tunaikan sepertimana biasa
[yieMEGA, D'Kubang Pasu, Kota Bharu, Kelantan]

Baca Sepenuhnya!

Monday, December 21, 2009

Pengorbanan Seorang Nelayan

Pengorbanan Seorang Nelayan
Aku kagum dengan mu wahai Nelayan

Walau gelora ombak laut menggila

Kau tetap menghadapinya agar kami dapat makan ikan

Kerana pengorbananmu ikan kami dapat rasa


Janganlah kita memandang hina terhadap seorang Nelayan

Mereka juga insan yang dijadikan tuhan yang maha esa

Tidak kira siapa kamu Nelayan tetap berjasa memberikan kamu sumber protein

Walau mereka pun kadang-kadang tak cukup nasi untuk dimakan

Apabila kamu melihat nelayan di lautan

Janganlah kamu ketawakan mereka

Sedari engkau kecil hingga dewasa mereka berjasa di lautan


Walau penat, walau lelah usaha tetap diteruskan jua

Aku berjanji pada diriku kalau ada kesempatan

Akan ku bela nasib Nelayan seperti mereka

Kalau diizinkan tuhan jika kuasa diberikan tuhan

Kalau ada yang ada kuasa janganlah lupa bela nasib mereka


Tanpa nelayan munkin kau tak akan jumpa ikan

Ingatlah wahai manusia
Jangan sekali kau lupa jasa nelayan
Perjuangan mereka sudah setaraf dengan pendekar kita
[yiemega, D'Pantai Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan]

Baca Sepenuhnya!

Monday, December 14, 2009

Mengapa Kau Terus Menyepi?

Mengapa Kau Terus Menyepi?

Kau pergi sudah lama berlalu pergi
Tapi kenapa kau terus menyepi
Tiada khabar tiada berita kau kirimi
Mengapa kau seksa aku berterusan begini

Sudah sering aku kirim SMS buatmu tetapi tidak dibalasi
Kalau ada salah dan silapku kenapa kau berdiam diri
Mana mungkin dengan berbuat begitu aku akan mengerti
Kehilangan mu sentiasa aku tangisi

Memori ketika kita bersama dulu aku ingati
Tetapi kau terus mendiamkan diri
Membiarkan aku makan hati seorang diri
Kerinduanku terhadapmu sentiasa di hati

Terfikir aku kenapa kau jadi begini
Aku mulai merasa bimbang kerana kau terus menyepi
Adakah kau sihat, Adakah Kau sakit membuatkan aku terus sepi
Kalau ada salah dan silapku apa salahnya nyatakan pada aku ini

Aku mengangkat tangan menadah doa walaupun sepi
Memohon agar kau terus selamat dan dirahmati
Aku pohon maaf kerana aku tak tahu bila tarikh aku mati
Aku merayu padamu kirimkan berita untuk diriku yang sepi

Agar aku tak terus dihanyutkan rasa bimbang dalam diri
Jangan buat aku begini
Kerana aku tidak tahan lagi dengan penyiksaan ini
apa yang aku minta agar kau terus dihormati
[yieMEGA, D'Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan]

Baca Sepenuhnya!

Monday, November 16, 2009

Hayat Persekolahan 2009

Hayat Persekolahan 2009

Kalendar Sekolah 2009 Telah Berada Di Penghujungnya
Percutian yang dinantikan oleh ramai pelajarnya
Sebulan agak lama bagi mereka
Mereka bebas untuk memilih untuk tuisyen ataupun meneruskan percutianya

Bagi yang berkemampuan mereka memilih untuk melancong di cutinya
Bagi yang kurang berkemampuan duduk rumah jawapnya
Bagi yang suka ziarah menziarahi rumah kawan ditujunya
Bagi yang aktif bersukan sebarang aktiviti berkait sukan disertainya

Masing-masing ada cara untuk merainkanya
Pohonlah kejayaan kalendar 2009 berulang hendaknya
Mintalah kegagalan kalendar 2009 tidak berulang hendaknya
Selamat tinggal sekolah 2009 tak lama lagi 2010 bakal menjelma

Bagi murid yang akan menghadapi UPSR,PMR, SPM, STPM 2010 bersedia hendaknya
Mulakan langkah demi langkah dari sekarang agar kejayaan ditempa kita
Bagi murid yang lain teruskanlah pembelajaranmu agar kamu tidak lupa
Walau bercuti jangan sekali kita alpa.
[yieMEGA, D'Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan]

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Sunday, November 15, 2009

Diperhamba Cinta

Diperhamba Cinta

Indahnya cinta itu kadangkala
Cinta itu sakit kadangkala
Cinta kadangkala buat pening kepala
Kalau nak bercita biarlah berpada

Dalam kita berhambakan cinta
Perlulah kita berhati-hati dalam cinta
Agar kita tidak menangis dalam satu masa
Pilihlah cinta sejati kerana cinta tak mengenal usia

Dalam bercinta ada cinta yang sempurna
Cintakan bunga tak lama
Cintakan manusia tak sempurna
Cintakan Allah kekal sampai bila-bila

Berhati-hati dalam bercinta
Kerana sudah ramai yang jadi korban cinta
Cinta kadangkala buat kita merana
Cinta kadangkala buat kita gembira

Cinta kadang-kadang palsu banyaknya
Cinta kadang-kadang menipu kita
Jangan biarkan diri kita tertipu dengan cinta
Kelak kita juga yang merana
[yieMEGA, D'Jalan Pekeliling, Kota Bharu, Kelantan]

Baca Sepenuhnya!

Monday, November 9, 2009

Aku Penyokong Kelantan

Aku Penyokong Kelantan

Bola Sepak menjadi minatku
Kelantan menjadi pilihanku
Piala Malaysia milik Kelantan itu harapanku
Kelantan bergelar juara itu impianku

Kalah dan Menang adat pertandingan itulah naluriku
Biar kalah asalkan rakyat Kelantan tak malu
Tak mengapa jika kalah kalau pengadil tak menipu
Namun emosi perlulah dijaga agar kita tak malu

Apa pun alasanmu
Jangan sesekali merosakkan nama negerimu
Aku juga penyokong Kelantan sepertimu
namun aku masih rasional menerima kekalahan itu

Kenapa kamu membakar kerusi itu
Apa salah kerusi itu
Adakah kerana kerusi itu tewas pasukanmu
Jangan jadi manusia sebegitu

Kerusi itu tidak berdosa padamu
Kerusi itu langsung tidak bersalah padamu
Kerusi itu hanya pegun di dalam stadium itu
Tapi pemain dan pengadil yang bergerak di dalam stadium itu
[yieMEGA, D'Bukit Jalil]


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!
 

©2009 KaryaMelayu2u | by TNB