Blog ini Ditaja Oleh

Tuesday, October 4, 2011

Mengapa Kau Tak Pedulikan Aku

Mengapa Kau Tak Pedulikan Aku

Aku duduk termenung sendirian
Memikirkan apakah salahku ini
Kini aku kau sudah tidak pedulikan
Adakah kau sudah  bosan dengan aku ini

Jika dulu kau banyak bersama aku
Kini tidak lagi kau sibuk dengan kawan-kawan
Jika dulu balik sekolah kau datang rumah aku
Kini kau balik sekolah kau lepak rumah kawan

Jika dulu kau sukar untuk kelihatan marah
Kini kau begitu mudah marah walau sikit salahnya
Setiap hari luka dihatiku ini bertambah parah
Perangai kau dah tak seperti dulu kala

Kini kau jenguk aku kadang-kadang
Kau terus membuat diri aku ini sedih
Tapi kau tetap tak peduli dan juga tak memandang
Aku dah mula naik letih

Setiap hari kau sibuk dengan kawan kau
Aku di sini bagai dilupakan terus
Bila kau berjanji akhirnya tidak ditepati oleh kau
Aku merasakan perasaan aku bagai dihiris terus

Aku sentiasa menanti agar kau berubah semula
Aku merindui diri kau yang dulu
Diri kau yang ceria
Diri kau yang tak memilih bulu
[Nukilan: yieMEGA D'Padang Bongor, Kota Bharu Kelantan]

Baca Sepenuhnya!

Tuesday, July 19, 2011

Mengapa Kau Berubah

Mengapa Kau Berubah

Kau sudah tidak seperti dulu
Jika dulu kau susah untuk merajuk
kini kau sudah tidak seperti dulu
hampir setiap hari kau merajuk

Aku tak faham kenapa kau berubah
Aku pun tak tahu kenapa kau jadi begini
Kau telah banyak menyakiti hati aku tak sudah-sudah
Aku sudah sekian lama bertahan aku bimbang tak tahan lagi

Aku tertanya-tanya pada hati
Bilakah perangai kau nak kembali seperti dulu
Setiap hari kau telah sakiti hati
Kadang-kadang aku pun naik berbulu

Cuba kau terangkan kat aku
Kenapa kau berubah
Apakah salahku padamu
Hatiku sakit bagai demam tak kebah

Berapa lama lagi kau nak begitu
Aku harap kau berubah kembali
Aku doakan agar kau kembali seperti dulu
Jangan sampai aku naik benci

Tolonglah jangan sakiti hati aku lagi
Aku manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan
Mungkin aku tak mampu lagi menahan dugaan ini
Akhirnya terpaksalah aku dirimu ku tinggalkan
[Nukilan: yieMEGA D'Jln Sri Cemerlang, KB, Kelantan]

Baca Sepenuhnya!

Thursday, January 6, 2011

Hujan Tanpa Henti

Hujan Tanpa Henti

Dari pagi kau membasahi bumi Kelantan
Negeri yang digelar serambi Mekah
Sehari suntuk sang mentari tidak kelihatan
Apa yang ada titisan air hujan yang semakin marah

Hujan tanpa henti
Itulah kuasa yang Maha Perkasa
Dialah pencipta langit dan bumi
Itulah hakikat yang perlu kita percaya

Hebatnya Kuasa Allah yang satu
KekuasaaNya mampu membuat sang mentari terlindung
KehebataNya mampu membuat hujan batu
Itulah kuasanya yang Maha Perkasa tiada siapa boleh lindung

Hujan Tanpa Henti
Sekiranya kau terus membasahi bumi kita
Mungkin tak berapa lama lagi banjir akan kemari
Bersabarlah kita menerima ujian dariNya

Air di sungai kelihatan semakin naik
Itulah dugaan yang Maha Perkasa
Adakah mampu kita mengharungi ujian ini dengan baik
Di akhirat hari perhitungan untuk kita

Bagi mereka yang masih belum puas membuat dosa
Marilah tinggalkan dosa carilah pahala untuk bekalan di Ukhrawi
Ingatlah kematian tidak mengenal usia
Bersedialah kamu untuk mati
[ yieMEGA D'Lorong Che Mat Baba, Kota Bharu, Kelantan]

Baca Sepenuhnya!
 

©2009 KaryaMelayu2u | by TNB