Blog ini Ditaja Oleh

Saturday, December 26, 2009

Mengapa Kau Buat Abang Begini?

Mengapa Kau Buat Abang Begini?

Abang sentiasa cuba penuhi permintaanmu
Apa saja permintaanmu akan abang cuba tunaikanya
Tapi mengapa adik terus membuatkan abang kecewa denganmu
Bukan dipinta balasan darimu wahai adikku yang tercinta

Abang sentiasa berkorban untukmu
Walaupun tiada satu pun pengorbananmu untuk abang hanyalah derita
Mengapa kau buat abang begini duhai adiku
Tergamak kau membiarkan abang terus menderita

Abang kecewa denganmu
Kamu seolah-olah tidak menghargai diri abang yang tak berbisa
Adik, telah banyak kau menyakiti hatiku
Tak mahu lagi hati abang disakiti oleh racunmu yang berbisa

Biarkanlah abang sendiri menahan sakitku
Abang sayang adik sehingga tak terkata
Tapi adik tak ada pun sekelumit perasaan sayang padaku
Biarkanlah abang pergi dari hidupmu buat selama-lamanya

Abang dah penat melalui derita ini yang kau berikan padaku
Semoga adik sedar satu masa nanti dan belajar menghargai abang yang gila
Cukuplah segala permintaanmu yang pernah abang tunaikan dulu
Tidak ada lagi satu permintaan baru untuk abang tunaikan sepertimana biasa
[yieMEGA, D'Kubang Pasu, Kota Bharu, Kelantan]

Baca Sepenuhnya!

Monday, December 21, 2009

Pengorbanan Seorang Nelayan

Pengorbanan Seorang Nelayan
Aku kagum dengan mu wahai Nelayan

Walau gelora ombak laut menggila

Kau tetap menghadapinya agar kami dapat makan ikan

Kerana pengorbananmu ikan kami dapat rasa


Janganlah kita memandang hina terhadap seorang Nelayan

Mereka juga insan yang dijadikan tuhan yang maha esa

Tidak kira siapa kamu Nelayan tetap berjasa memberikan kamu sumber protein

Walau mereka pun kadang-kadang tak cukup nasi untuk dimakan

Apabila kamu melihat nelayan di lautan

Janganlah kamu ketawakan mereka

Sedari engkau kecil hingga dewasa mereka berjasa di lautan


Walau penat, walau lelah usaha tetap diteruskan jua

Aku berjanji pada diriku kalau ada kesempatan

Akan ku bela nasib Nelayan seperti mereka

Kalau diizinkan tuhan jika kuasa diberikan tuhan

Kalau ada yang ada kuasa janganlah lupa bela nasib mereka


Tanpa nelayan munkin kau tak akan jumpa ikan

Ingatlah wahai manusia
Jangan sekali kau lupa jasa nelayan
Perjuangan mereka sudah setaraf dengan pendekar kita
[yiemega, D'Pantai Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan]

Baca Sepenuhnya!

Monday, December 14, 2009

Mengapa Kau Terus Menyepi?

Mengapa Kau Terus Menyepi?

Kau pergi sudah lama berlalu pergi
Tapi kenapa kau terus menyepi
Tiada khabar tiada berita kau kirimi
Mengapa kau seksa aku berterusan begini

Sudah sering aku kirim SMS buatmu tetapi tidak dibalasi
Kalau ada salah dan silapku kenapa kau berdiam diri
Mana mungkin dengan berbuat begitu aku akan mengerti
Kehilangan mu sentiasa aku tangisi

Memori ketika kita bersama dulu aku ingati
Tetapi kau terus mendiamkan diri
Membiarkan aku makan hati seorang diri
Kerinduanku terhadapmu sentiasa di hati

Terfikir aku kenapa kau jadi begini
Aku mulai merasa bimbang kerana kau terus menyepi
Adakah kau sihat, Adakah Kau sakit membuatkan aku terus sepi
Kalau ada salah dan silapku apa salahnya nyatakan pada aku ini

Aku mengangkat tangan menadah doa walaupun sepi
Memohon agar kau terus selamat dan dirahmati
Aku pohon maaf kerana aku tak tahu bila tarikh aku mati
Aku merayu padamu kirimkan berita untuk diriku yang sepi

Agar aku tak terus dihanyutkan rasa bimbang dalam diri
Jangan buat aku begini
Kerana aku tidak tahan lagi dengan penyiksaan ini
apa yang aku minta agar kau terus dihormati
[yieMEGA, D'Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan]

Baca Sepenuhnya!

Wednesday, December 2, 2009

Mengapa Kau Mungkiri Adik?

Mengapa Kau Mungkiri Adik?

Adik, aku tertanya-tanya kenapa janjimu kau mungkiri
Adakah tidak cukup pergorbanan abang selama ini
Adik, tergamak kau membohongi abang mu ini
Tidak sayangkah adik terhadap abang ini

Apa yang adik nak abang cuba tunaikan selama ini
Cakaplah apa sahaja tak kira handphone ataupun laptop tetap diberi
Adakah ini balasan abang yang telah banyak berkorban selama ini
Tergamak adik membuat hati abang disakiti

Sudahlah adik mungkiri janji yang diberi
Tanpa memberitahu abang dahulu dan adik terus menyepi
Walau selebat mana hujan melanda bumi
Lebat lagi hujan yang melanda jiwa abang yang menanti

Kenapa adik tidak memberitahu sendiri
Alih-alih kawan adik yang memberitahu pada abang sendiri
Abang tertanya kenapa adik buat abang begini
Mungkin sia-sia sahaja pergorbanan abang selama ini

Sampainya hati adik buat abang begini
Mungkin Sunway Lagoon lebih baik dari pengorbanan abang ini
terima kasih adik di atas penderitaan yang adik tinggalkan untuk abang ini
Mungkin abang terpaksa mengundur diri

Cukuplah setakat ini adik menyakiti hati abang ini
Tak mahu lagi hati abang disakiti oleh adik abang ini
Pergilah kemana kau suka adik moga terjumpa keriangan yang dicari
jangan lagi adik mencari abang tak lama lagi
[yieMEGA, D'Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan]

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Tuesday, November 24, 2009

Banjir Yang Melanda....

Banjir Yang Melanda....

Bulan November dan Disember Kau Datang
Kedatanganmu di Kelantan disambut tanpa bimbang
Anak muda dan keluarga berpesta selagi kau tak hilang
Kanak-kanak bersukaria di dalam kau tanpa sedikitpun rasa bimbang

Selut berwarna oren mengiringi kedatangan kau disambut riang
Mungkin kedatangan kau dinanti-nanti oleh kanak-kanak yang girang
Kau memenuhi kawasan-kawasan yang biasa kau datang
Kedatanganmu mungkin tidak disukai oleh sesetengah orang

Kedatanganmu memberi keinsafan di hati kalbu setiap orang
Inilah ujian Allah terhadap umatnya agar kesalahan umatnya lekang
Inilah salah satu fenomena alam hadapinya tanpa naik berang
Kesabaran itu adalah separuh daripada iman bersyukurlah kerana kita tidak diserang

Di waktu kedatanganmu banjir mega sentiasa mendung
Hujan kerap kali menyimbah bumi tanpa pelindung
Air di sungai bertambah banyak sehingga tak mampu ditampung
Itulah kisah banjir di bulan November dan Disember yang terpaksa ditanggung
[yieMEGA, D'Kg. Sungai Bodor, Kota Bharu, Kelantan]



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Monday, November 16, 2009

Hayat Persekolahan 2009

Hayat Persekolahan 2009

Kalendar Sekolah 2009 Telah Berada Di Penghujungnya
Percutian yang dinantikan oleh ramai pelajarnya
Sebulan agak lama bagi mereka
Mereka bebas untuk memilih untuk tuisyen ataupun meneruskan percutianya

Bagi yang berkemampuan mereka memilih untuk melancong di cutinya
Bagi yang kurang berkemampuan duduk rumah jawapnya
Bagi yang suka ziarah menziarahi rumah kawan ditujunya
Bagi yang aktif bersukan sebarang aktiviti berkait sukan disertainya

Masing-masing ada cara untuk merainkanya
Pohonlah kejayaan kalendar 2009 berulang hendaknya
Mintalah kegagalan kalendar 2009 tidak berulang hendaknya
Selamat tinggal sekolah 2009 tak lama lagi 2010 bakal menjelma

Bagi murid yang akan menghadapi UPSR,PMR, SPM, STPM 2010 bersedia hendaknya
Mulakan langkah demi langkah dari sekarang agar kejayaan ditempa kita
Bagi murid yang lain teruskanlah pembelajaranmu agar kamu tidak lupa
Walau bercuti jangan sekali kita alpa.
[yieMEGA, D'Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan]

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Sunday, November 15, 2009

Diperhamba Cinta

Diperhamba Cinta

Indahnya cinta itu kadangkala
Cinta itu sakit kadangkala
Cinta kadangkala buat pening kepala
Kalau nak bercita biarlah berpada

Dalam kita berhambakan cinta
Perlulah kita berhati-hati dalam cinta
Agar kita tidak menangis dalam satu masa
Pilihlah cinta sejati kerana cinta tak mengenal usia

Dalam bercinta ada cinta yang sempurna
Cintakan bunga tak lama
Cintakan manusia tak sempurna
Cintakan Allah kekal sampai bila-bila

Berhati-hati dalam bercinta
Kerana sudah ramai yang jadi korban cinta
Cinta kadangkala buat kita merana
Cinta kadangkala buat kita gembira

Cinta kadang-kadang palsu banyaknya
Cinta kadang-kadang menipu kita
Jangan biarkan diri kita tertipu dengan cinta
Kelak kita juga yang merana
[yieMEGA, D'Jalan Pekeliling, Kota Bharu, Kelantan]

Baca Sepenuhnya!

Monday, November 9, 2009

Aku Penyokong Kelantan

Aku Penyokong Kelantan

Bola Sepak menjadi minatku
Kelantan menjadi pilihanku
Piala Malaysia milik Kelantan itu harapanku
Kelantan bergelar juara itu impianku

Kalah dan Menang adat pertandingan itulah naluriku
Biar kalah asalkan rakyat Kelantan tak malu
Tak mengapa jika kalah kalau pengadil tak menipu
Namun emosi perlulah dijaga agar kita tak malu

Apa pun alasanmu
Jangan sesekali merosakkan nama negerimu
Aku juga penyokong Kelantan sepertimu
namun aku masih rasional menerima kekalahan itu

Kenapa kamu membakar kerusi itu
Apa salah kerusi itu
Adakah kerana kerusi itu tewas pasukanmu
Jangan jadi manusia sebegitu

Kerusi itu tidak berdosa padamu
Kerusi itu langsung tidak bersalah padamu
Kerusi itu hanya pegun di dalam stadium itu
Tapi pemain dan pengadil yang bergerak di dalam stadium itu
[yieMEGA, D'Bukit Jalil]


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Wednesday, November 4, 2009

Wang Ihsan Untuk Kelantan

Wang Ihsan Untuk Kelantan

Apa pun nama asalkan ada untuk rakyat Kelantan
Apa pun nama asalkan pembahagianya adil untuk rakyat Kelantan
Walau bukan royalti namanya asalkan manfaat untuk rakyat Kelantan
Walau apa pun caranya pastikan tiada yang hanya makan santan

Tak kisah apa pun namanya asalkan diberikan terus kepada rakyat Kelantan
Pembangunan memang perlu asalkan ia boleh diterima akal fikiran
Jangan pula pembangunan itu membuat rakyat kelantan baran
Jangan pula ada tangan-tangan jahat merompak Wang Ihsan untuk Kelantan

Pemegang Amanah Wang Ihsan Jangan sesekali lupa itu adalah untuk rakyat Kelantan
Jangan nanti pemimpin bermewahan rakyat Kelantan pula bergelutan
Jangan nanti yang kaya bertambah kaya, yang miskin pula keciciran
Gunakanlah Wang Ehsan itu dengan baik-baik mudah-mudahan disayangi rakyat Kelantan

Jika buat projek pembangunan
Pastikan ia bermanfaat untuk rakyat Kelantan
Pastikan ia mampu menjana ekonomi untuk Kelantan
Pastikan ia melahirkan usahawan korporat yang baru bukan hanya penjual santan

Jika nak dibahagikan terus kepada rakyat Kelantan
Pastikan ianya adil, saksama dan telus untuk rakyat Kelantan
Jangan ada yang tercicir, jangan ada yang sengaja dicicirkan
Tak kiralah mereka itu orang dacing ataupun bulan

Walau mereka dacing atau bulan
Mereka tetap rakyat Kelantan
Mungkin hari ini mereka dacing atau bulan
Mungkin esok bulan akan bertukar dacing timbangan
[yieMEGA, D'Kota Bharu, Kelantan]

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Saturday, October 17, 2009

Cahaya Deepavali

Cahaya Deepavali

Malaysia sungguh bertuah
Pelbagai Perayaan Disambut dalam satu walau berlainan tuhan yang disembah
Deepavali disambut oleh beragama hindu tanpa resah
Melayu, Cina, Benggali tak mengira bangsa semua menyambut Deepavali dengan meriah

Deepavali disambut kari menjadi menu berkuah
Laddu pulak menjadi menu istimewa bangsa india yang bertuah
Malaysia bersatu menjadi satu Malaysia yang satu lagi bertuah
Semua bangsa bersatu saling berkunjung bagai nasi dengan kuah

Cahaya menerangi kegelapan Malaysia bumi bertuah
Bangsa India menyambut Deepavali dengan begitu meriah
Mereka menyambutnya dalam suasana harmoni lagi aman serta tabah
Deepavali disambut dari perlis sampailah ke sabah

Anak muda di rantauan yang penuh jerit payah
Pulang menyambutnya di kota dan desa dengan meriah
Tak kiralah yang mempunyai berbapa ataupun yang tiada ayah
Apa yang penting Deepavali tetap disambut tanpa ada yang marah
[yieMEGA, D'Sungai Keladi, Kota Bharu, Kelantan]


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Tuesday, October 13, 2009

Berubahlah...

Berubahlah...

Berubah satu kata keramat
Berubahlah agar kita tidak kufur nikmat
Berubahlah agar kita insaf sudah dekat kiamat
Berubahlah agar kita tetap matlamat

Berubahlah agar nikmat kita tak tergugat
Pembesar UMNO perlu berubah agar sentiasa beringat
UMNO perlu berubah agar perjuangan tidak tamat
Pembesar UMNO pimpinlah UMNO bukan kerana pingat

Perubahan itulah yang diharapkan oleh ahli bawahan yang tiada pingat
Mereka berusaha untuk memperkasakan UMNO walau berjuta keringat
Walau mereka tiada kuasa dan pangkat
Namun hati dan perasaan mereka perlu diingat

Berubahlah bukan sekadar mengubah jenama agar senang diingat
Berubahlah demi kesejahteraan rakyat marhaen yang sentiasa berkerja letih dan penat
Wang bukan segala-gala itu perlu ingat
Di saat kematian hanya kain putih menutupi badan wang tiada diingat

Berubahlah demi rakyat jelata yang bersemangat
Jagalah kebajikan rakyat agar rakyat sentiasa teringat
Usahlah mendabik dada kerana ada kuasa yang bertingkat
Kelak kuasa itu hilang anda juga yang rasa penat
{yiemega, D'Kota Bharu, Kelantan}



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Thursday, October 8, 2009

Kasih Seorang Abang Yang Tak Empunya Adik

Kasih Seorang Abang Yang Tak Empunya Adik

Sucinya kasih seorang abang kepada adiknya
Walaupun sebenarnya dia tidak mempunyai adik kandungnya
Namun beliau tetap mencurahkan kasih terhadap adik angkatnya
Apa jua permintaan adiknya cuma dipenuhinya

Walaupun bukan adik kandungnya
Namun ia tetap mencurahkan kasihnya
Walaupun ramai abang yang tidak menghargai adik kandungnya
Dia tetap menghargai adiknya walaupun sekadar adik angkatnya

Demi memenuhi permintaan adiknya
dia akan cuba memenuhinya
Jika berjanji dengan adiknya
Dia pasti menunaikanya

Walau hujan lebat turun membasahi dirinya
Dia tetap kuatkan diri demi adik angkatnya
Walu ribut datang dengan kencangnya
Dia tetap berdiri teguh demi adik angkatnya

Baginya sanggup berkoban apa sahaja
Demi sayangnya dia pada adik angkatnya
Dengan ada adik angkatnya itu boleh menghilangkan duka di hatinya
Boleh membuat doa ketawa ketika berduka

Begitulah kisah kasih seorang abang yang tidak mempunyai adik kandungnya
Sanggup berkoban demi adik angkatnya
Walaupun nyawanya mungkin bercerai dari badanya
Apa yang penting adik angkatnya dalam keadaan selamat hendaknya

[Yiemega D'Sungai Budor, Kota Bharu, Kelantan]
Baca Sepenuhnya!

Sunday, September 27, 2009

Aidilfitri Kali Ini...

Aidilfitri Kali Ini...

Sesudah Sebulan Ramadhan Kita Berpuasa
Akhirnya Kita Merayakan Kemenangan Kita
Puasa bukan sekadar lapar dan dahaga tetapi ianya mendidik kita
Hari Kemenangan ini memberikan aku kegembiraan

Sungguhpun begitu Aidilfitri kali ini ku sambut tanpa ayahnda tercinta
Sudah banyak tahun aku menyambut Aidilfitri tanpanya
Berdoa di pusaranya hanyalah itu sahaja yang aku mampu buat untuknya
Semoga Allah merahmati rohmu duhai ayahnda

Aidilfitri tanpa Abang Sulung inilah kali pertama
Bukan kerana beliau sudah tiada
Tetapi terpaksa bertugas di sana
Hanya sempat pulang ke rumah mertua di Melaka

Aidilfitri kali ini dapat aku sambut dengan Abang nombor tiga
Sudah sekian lama dia tak dapat bersamaku sambut raya
Bukan dia tak mahu tapi tugasnya tidak mengizinkan dia
Itulah Kisah Aidilfitri kali ini waktu ku sambut raya
[yiemega, D'Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan]

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Tuesday, September 15, 2009

Mengapa Biarkan Dengki Menguasai

Mengapa Biarkan Dengki Menguasai

Kau telah banyak berubah duhai adiku
Dulu kau bukan seorang yang kuat dengkinya
Dulu kau seorang yang tabah tak peduli apa orang kata mengenai dirimu
Tapi sekarang kau telah banyak berubah adiku

Kenapa jadi begitu duhai adiku
Adakah ia kerana kesilapan aku
Adakah masa sudah mengubah kau
Adakah aku gagal berlaku adil terhadapmu

Jawablah duhai adiku
Adakah kau nampak aku membezakanmu
Adakah kau nampak adiku yang lain dapat lebih daripadamu
Berterus teranglah duhai adiku

Janganlah terus diam kaku
Tak lama lagi raya akan tiba jangan buat aku terus begitu
Kalau ada salah kau cakaplah duhai adiku
Boleh ia jadi rujukan aku untuk memperbaiki diri aku

Duhai adiku hanya satu pintaku padamu
Usahlah biarkan dengki menguasai dirimu
Aku berjanji akan cuba berlaku adil padamu
Ayuh baliklah kepada perangaimu sepertimana dulu
[ YIEMEGA, D'Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu]

Baca Sepenuhnya!

Saturday, September 12, 2009

Ramadhan Hampir Berlalu....

Ramadhan Hampir Berlalu....

Ramadhan kali ini kini Sudah 23 hari kita lalui
Kita sudah berada di antara 10 Malam terakhir Ramadhan
Di mana pada malam-malam ini ada satu malam Lailatul Qadar terjadi
Sudah memadaikah amalan kita untuk Ramadhan

Cuma tinggal beberapa hari aje lagi
Ramadhan akan meninggalkan kita pula
Kalau panjang umut tahun depan berjumpa lagi
Mana tahu Ramadhan kali ini terakhir buat kita

Syawal bakal menjelma untuk menyambut kemenangan
Umat Islam gembira pada hari itu
Miskin kaya tanpa mengira usia terus gembira menyambut kemenangan
Tatkala kita bergembira jangan lupa pada yang susah

Terfikir juga jauh di lubuk hatiku
Adakah amalanku diterima oleh Allah tuhan seru sekian alam
Adakah tangan yang ku hulur memberi bantuan benar-benar ikhlas dihatiku
Aku berdoa kepada yang Maha Esa agar diterima amalanku oleh Allah tuhan seru sekian alam

Semoga Ramadhan ini yang terbaik buat diriku
Ramadhan akan datang aku bertekad untuk lebih baik lagi
Semoga syawal yang bakal menjelma memberi kegembiraan kepadaku
Semoga Ramadhan yang bakal berlalu akan ku jumpa lagi.
[yieMEGA, D'Kg. Sungai Bodor, Kota Bharu, Kelantan]



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Monday, September 7, 2009

Kita Serumpun Usahlah Berkelahi

Kita Serumpun Usahlah Berkelahi

Kita Bangsa Serumpun Mengapa Perlu Berkelahi
Kita Bangsa Yang Seagama Berkelahi Tiada Gunanya
Kita Bangsa Yang Serumpun, Bangsa Serumpun tidak akan dikasari
Sedangkan Lidah Lagi Tergigit Inikan Pula Serumpun Bangsa

Mengapa Kedutaan Bangsa Serumpun Dengan Kamu Dilontarkan Telur berbiji-biji
Mengapa Bendera Negara Bangsa Yang Serumpun dengan kamu dibakar dengan begitu
Apa salah Negara Bangsa yang serumpun dengan bangsamu tempat cari rezeki
Apakah yang kamu tidak puas hati nuranimu

Lupakah kamu dengan jasa-jasa bangsa serumpun yang memberikan rezeki
Adakah kamu sudah mahu menjadi anjing yang tersepit akhirnya digigit pelepasnya
Tatkala Tsunami Melanda Acheh Siapa yang menolongmu kalau bukan kami
Di Kala Kebakaran di Sumatera Siapa Yang Membantu Memadamkanya

Jangan kamu mudah bercaya media yang diperalat kristian
Mereka memang mahu memecahbelahkan negara Islam
Kerana dengan itu tertegaklah Kristian
Terbenamlah Islam

Itu aje yang mereka mahu
Bagi mereka itulah cara terbaik untuk menakluk negara Islam
Mereka Buka mahu melihat negara Islam bersatu
Ayuh bangsa serumpunku hentikanlah kepercayaanmu kepada media yang anti Islam
[yieMEGA, D'Jalan Merbau, Kota Bharu, Kelantan]

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Sunday, August 30, 2009

Pada Pagi Merdeka Ini...

Pada Pagi Merdeka Ini

Pada Pagi Merdeka Ini
Banyak Maknanya kepada rakyat Malaysia
Kejayaan Pejuang Kermedekaan dirayakan sekalagi lagi pada pagi ini
1Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan menjadi tema

Pada pagi merdeka ini
Aku anak pasca merdeka terkenangkan jerit payah pejuang merdeka
Walau anak pasca merdeka lain banyak menghabiskan masa di jalanan pada pagi ini
Aku duduk di hadapan peranti teknologi sambil berkarya

Merdeka ertinya kebebasan dari belenggu
Perarakan bukan ertinya merdeka
Cerita-cerita sejarah ditatapi tanpa jemu
Tak kala anak muda berlumba di jalanan aku berkarya untuk merdeka

Pada pagi merdeka ini
Aku teringat pengorbanan bangsaku yang sekian banyak
Namun pengorbanan itu langsung tidak dihargai
Apa yang mereka tahu terus membuat tuntutan yang makin banyak

Pada pagi merdeka ini
Aku terfikir dapatkan kemerdekaan ini berkekalan
Pada pagi merdeka ini
Aku berdoa agar nikmat yang aku nikmati selama ini terus berkekalan

Pada pagi merdeka ini
Aku memanjatkan doa untuk roh-roh pejuang merdeka
Pada pagi merdeka ini
Aku berterima kasih kepada mereka yang berusaha untuk memerdekakan kita
[ yiemega, D'Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu ]




Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Thursday, August 27, 2009

Perginya Seorang Ahli Ekonomi....

Perginya Seorang Ahli Ekonomi....

Hari ini tercatatlah sejarah
Perginya Seorang Ahli Ekonomi yang berjasa
Beliau juga seorang ahli akademik yang bersejarah
Hari-hari berusaha demi memajukan negara

Kerana beliau lahirlah Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech
Beliau OKU Pertama menjadi senator di Dewan Negara
Beliau OKU Pertama Dianugerahkan Doktor Falsafah
Beliau OKU Pertama Yang berada di puncak jaya

Kehilangan beliau kehilangan besar buat negara
Hilanglah ahli akademik dan juga Pakar Ekonomi
Nak buat macamana tuhan lebih sayangkan dia
Marilah sedekahkan Al Fatihah Moga Roh Allahyarham Rahmat dicucuri

Moga semangat juang Allahyarham tertanam di setiap rakyat Malaysia
Agar Malaysia terus mencipta nama dan Malaysia Boleh menjadi realiti
Ke mana halatuju negara letaknya pada kita
Berusahalah sehebat Dr. Ismail Salleh pasti Malaysia Boleh jadi Realiti.
[yiemega, D'Pasir Mas, Kelantan]
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Kali Ini...

Ramadhan Kali Ini

Ramadhan Hadirmu Setahun Hanya Sekali
Awal Datangmu penuh rahmat
Pertegahan Datangmu Penuh Pegampunan yang dimaafi
Akhir datangmu membawa berkat

Ramadhan sungguhpun kau datang hanya setahun sekali
Namun aku sentiasa ternantikan kehadiranmu
Ramadhan banyak mengajar aku aku bersabar tanpa benci
Amarahku aku elakkan semasa kehadiranmu

Ramadhan kali ini biarpun di musim panas
Namun aku tetap tabahkan hati untuk meneruskan jua
Ramadhan kali biarpun waktu berbuka lewat tetapi jiwa tetap berkeras
Untuk menamatkan puasa di bulan Ramadhan walau apa carapun jua

Ramadhan kali ini aku cuba jadikan yang terbaik
Terbaik daripada yang lepas
Agar aku terus bersabar dan berusaha mencari jalan yang baik
Aku tetap berpuasa walau hidup aku bebas

Ramadhan kali ini benar-benar mengajak aku merasai jerit payah fakir dan miskin
Kadang-kadang mereka makan paling banyak sekali sehari
Kadang-kadang dalam sehari mereka langsung tak makan
Itulah penderitaaan yang dapat ku rasai
[ yieMEGA, D'Stadium Sultan Mohammad IV, KB, Kelantan]


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Monday, August 10, 2009

Islam Dihina Mereka.....

Islam Dihina Mereka....

Islam agama yang ku anuti
Agama Suci Ajaran Allah tuhan seru sekian alam
Mereka menghina menanam benci
Sampai hati mereka melemparkan kata-kata lucah buat Pendakwah Islam

Adakah umat Islam di Malaysia belum sedari
Adakah kita masih terus mahu berpolitik tanpa menghiraukan Islam
Mahukah kita melihat Islam terus berkecai
Ataupun kita masih mau bersatu dengan mereka yang ingin lihat Islam tenggelam

Buat perkiraan wahai saudara seagamaku di Malaysia ini
Kembalilah bersatu wahai umat Islam yang bertaqwa
Bersatulah kita menentang kebiadapan mereka yang terus menghina agama kita ini
Bersatulah wahai muslimin menetang mereka yang menjadi musuh bersama

Selagi kaum muslimin tidak bersatu
Islam akan terus dihina
Selagi kaum muslimin tidak bersatu
Islam tidak akan terbela

Kalau mereka dibiarkan kita
Sudah tentu Islam akan pupus di sini
Marilah bersatu menentang mereka
Demi agama Islam yang tercinta
[yiemega, D'Kota Bharu, Kelantan]

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Saturday, August 8, 2009

Falsafah Sebuah Bukit...

Falsafah Sebuah Bukit

Allah itu maha berkuasa
Dijadikan bukit ada falsafah
Kadangkala kita tidak sedar tentang ia
Ada yang menganggap bukit ini remeh

Sebuah bukit dalam tidak sedar
Ada falsafahnya ternsendiri
Kita boleh jadikanya pedoman dalam sedar
Setiap benda yang dijadikan Allah ada fungsinya tersendiri

Kali pertama Bukit Keluang ku daki
Aku dapat rasakan tinggi betul falsafahnya
Hidup ini bermula rintangan yang perlu di daki
Kemudian ku rasa puas bilamana ku sampai sahaja di kemuncaknya

Selepas berehat di kemuncak bukit
Perjalan diteruskan jua
Cerun dituruni, cerun di daki itulah falsafah sebuah bukit
Hidup adalah perjuangan yang perlu diteruskan jua

tangan yang terpaksa dilalui ku hadapi biarpun sukar
Tak dapat aku berlari, aku berjalan, tak dapat aku berjalan, aku bertatih
Bukan apa yang ku cari, yang ku cari hanyalah kejayaan yang sukar
Aku terus berjuang walaupun tubuhku terasa letih

Itulah falsafah sebuah bukit yang bernama Bukit Keluang
Falsafah yang bermaksud rintangan pasti boleh di atasi untuk berjaya
Untuk berjaya perlulah rajin mencari peluang
Kalau mereka boleh kenapa tidak kita
[ yiemega, D'Bukit Keluang, Besut, Terengganu]

Baca Sepenuhnya!

Thursday, August 6, 2009

Pengkhianat Bangsaku...

Pengkhianat Bangsaku

Tanpa ku sedari bangsaku dikhianat
Tanpa ku sedari bangsaku diperguna bangsa penjajah
Tanpa ku sedari bangsaku telah menjadi tali barut
Tanpa ku sedari bangsaku akan kembali di jajah

Ku lihat senjatamu wahai bangsaku
Hanya yang ada dibeli dengan bangsa berkulit putih
Ku lihat pula perpaduan bangsaku
Kini sudah berpecah tiga terus berpecah

Aku begitu gerun melihat tanah tumpah darahku
Bakal diperintah oleh penjajah semula dengan menggunakan tangan bangsaku sendiri
Mengapa ini terjadi pada bangsaku
Air mata aku terus mengalir berlinang membasahi pipi

Bangsaku memang sukar untuk mengambil iktibar dari sejarah
Apa yang mereka tahu perjuangan ideologi politik lebih penting dari pertahankan negara
Apalah nasib tanah ini di hari esok, di tanah inilah dipahat satu sejarah
Bangsaku bersatu untuk menentang anasir penjajah dan juga petualang negara

Kalau ku lihat bangsaku hari ini
Sedih kali hingga tak terkata
Mengapa bangsaku jadi begini
Tidak sedarkah mereka bangsa penjajah akan terus cuba menjajah negara tercinta ini

Puaskah bangsaku sekadar berarak sambil bertempik di jalanan
Apa yang bangsaku mahukan sebenarnya
Adakah bangsaku mahu pengkhianat bangsa terus bermaharajalela tanpa segan
Apalah nasib anak bangsaku di masa depanya

Adakah di hari esok bangsaku terus begini
Ataupun di hari esok lebih teruk dari ini bangsaku dikerjakan
Ku harap Pada hari esok ia tak akan jadi begini
Apa yang ku doakan agar bangsaku dipadukan
[yiemega D'Damai Beach Resort, Besut, Terengganu]


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Sunday, August 2, 2009

Perhimpunan Yang Sia-Sia....

Perhimpunan Yang Sia-Sia....

Tanggal 1 Ogos 2009 Satu Peristiwa terjadi
Perhimpunan untuk mansuhkan ISA
Tetapi sayang maksud perhimpunan tak sampai
Apa yang mereka dapat hanya bengkak di sini dan sana

Yang giat datang berhimpun hampir semuanya Melayu
Bangsa lain tidak datang walaupun mereka mahu mansuh ISA
Demi kepentingan politik dikerahkan mereka tenaga Melayu
Sedangkan mereka lena diulit mimpi di rumah mereka

Jelas sekali Melayu sudah diperbodohkan mereka
Melayu kini bagai lembu yang ditambat tali oleh mereka yang menguasai
Dalam diam mereka diperlakukan sebagai askar gurka
Akhir sekali jasa Melayu tidak dihargai

Mereka terus menuntut pelbagai tuntutanya
Melayu PAS dan PKR Dikerahkan
Apabila mereka mendapat tuntutanya
Jasa Melayu PAS dan PKR terus dilupakan

Apa yang Melayu PAS dan PKR dapat hanyalah kesakitan
Sedangkan mereka bergembira mengaut untung
Kita yang berjuang bermati-matian
Mereka pula tak habis-habis mengira untung

Berhentilah menyertai perhimpunan yang sia-sia
Hanya badan kita yang merana menerima akibat
Sedangkan tubuh mereka tidak merana
Kita pula terpaksa berhabis untuk membeli ubat

Usahlah lagi menjadi kuda tunggangan
Yang mana baik kita turuti
Yang mana jahat kita tinggalkan
Yang memberi kelebihan pada kita mesti akui
[yiemega, D'Jalan Dato' Pati, Kota Bharu]


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Saturday, August 1, 2009

Bertemunya Dua Pemimpin Berbeza Landasan

Bertemunya Dua Pemimpin Berbeza Landasan

Satu pagi yang damai
Tanggal 1 Ogos 2009 Tertakdirlah satu peristiwa
Pertemuan Dua Pemimpin Berbeza Landasan yang disertai
Pertemuan yang tidak dijangka dan juga di duga

Bertemulah seorang Perdana Menteri
Disambut oleh Menteri Besar Bergelar Tok Guru
Bukan niat mereka untuk parti dikhianati
Cuma mereka sekadar ingin berpadu

Mengharapkan Kelantan dihadiahkan bantuan
Royalti Petroleum pula diminta
Permintaan Najib Hanyalah Satu iaitu hati orang UMNO hendaklah dijagakan
Barulah senang hati memberi bantuan yang dipinta

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Menjadi Saksi
Pertemuan dua pemimpin berbeza landasan tetapi matlamatnya sama
Agar Islam di Malaysia berpadu agar dihari esok tiada apa yang perlu ditangisi
Tunas Perpaduan bermula di Kelantan negeri kaya budaya

Walaupun sekadar 20 minit masa diperuntukkan
Namun ia sudah cukup untuk menjadi kayu pengukur
Usah lagi diteruskan persengketaan
Kami sebagai rakyat sudah akur.
[yiemega, D'Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan]



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Friday, July 31, 2009

Gigihnya Engkau Wahai Peniaga...

Gigihnya Engkau Wahai Peniaga

Perniagaan Satu Punca Rezeki
Peniaga mencari rezeki dengan perniagaan
Tidak kira Kecil atau Besar Modal Dimulai
Rezeki yang Dicari Tanpa Segan

Aku lihat betapa gigihnya peniaga
Walau hujan lebat kilat sambung menyambung
Mereka tetap menunggu sehingga reda
Agar perniagaan mereka dapat disambung

Dalam hujan lebat mereka berniaga
Walaupun di bawahnya air mula mengalir
Mereka mahu mencari rezeki dunia
Boleh lah mereka meneruskan hidup dengan pipi peluh mengalir

Tatkala aku memerhatikan si peniaga
Tiba-tiba datang angin kencang bagaikan kepala ribut
Memusnahkan segala-galanya milik si peniaga
Bergegaslah si peniaga dengan penuh kelam kabut

Mungkin rezeki mereka pada hari itu setakat itu sahaja
Gelas dekat sedozen hancur berkecai
Air panas untuk buat air dipenuhi air hujan saja
Begitulah kisah si peniaga rezekinya hancur berkecai

Walaupun raut wajahnya masih mampun tersenyum
Namun aku pasti jauh di sudut hatinya merasa sedih dengan apa yang terjadi
Apa yang mereka harapkan esok tidak seperti semalam
Agar dapat mereka mengais mencari rezeki lagi

Melihat keadaan mereka
Hatiku tersentuh menusuk kalbu
Aku harap di hari esok mereka berjaya
Peristiwa hari ini bersejarah di dalam kalbu
[yiemega, D'Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan]

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Thursday, July 30, 2009

Hari Esok, Apa yang Akan Terjadi Pada Anak Bangsaku?

Hari Esok, Apa yang Akan Terjadi Pada Anak Bangsaku?

Hari ini anak bangsaku terus longlai
Pusat Serenti, Penjara dan Pusat Pemulihan Akhlak
Kini dibanjiri oleh anak bangsaku yang lalai
Melihat mereka pada hari ini, tertanya-tanya aku apa jadi pada mereka kelak

Kalau kita lihat di jalan raya yang lurus
Semakin ramai anak bangsa kita menjadi samseng jalanan
Mat Rempit juga turut digelar pada mereka yang menjadi raja di jalan yang lurus
Saban hari, saban tahun, saban ketika, anak bangsaku mati di jalanan

Dadah dan Ganja mula meresap ke dalam tubuh anak bangsaku
Anak Bangsaku kian rosak dan punah
Tauke Cina terus menjadi kaya dipenuhi dengan duit anak bangsaku
Kadang-kadang ku bermenung sendirian melihat nasib anak bangsaku hatiku sungguh pedih

Disaat anak bangsa lain sedang mengejar kejayaan
Disaat itulah anak bangsaku terus mundur dan mundur
Mungkin inilah hasil kerana bangsaku terus bercakaran
Semuanya demi kepentingan politik dan pangkat yang dikejar

Bangsaku terlupa bahawa mereka perlu membela anak bangsa
Kerana sibuk mengejar ketuanan dan kekuasaan
Ada yang mengejar Jawatan Perdana Menteri agar berkuasa
Ada juga bangsaku yang sanggup menawarkan apa sahaja demi kekuasaan

Anak bangsaku kini membilang hari
Tidak apa yang aku dapat banggakan denganya
Cuma aku boleh lihat mereka bersila di rumah pasung dari hari-kehari
Ada juga yang 'bertapa' di Pusat Serenti

Melihat keadaan ini terkang aku
Apa yang bakalan terjadi pada anak bangsaku ini
Pada hari esok di waktu aku sudah tiada di Malaysiaku
Mungkin anak bangsaku hanya akan jadi hamba di bumi sendiri.
[yiemega, D'Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan]

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Monday, July 27, 2009

Apabila KUASA dicari ISLAM digadaikan...

Apabila KUASA dicari ISLAM digadaikan...

Ini satu kisah berlaku di Malaysia
Kerana terlalu ingin berkuasa
Sanggup lakukan apa sahaja
Demi kuasa Islam digadaikan secara sengaja

Ia bukan dilakukan oleh jahil agama
Ia dilakukan oleh orang yang arif agama
Demi kerana kuasa dan nama
Islam digadaikan begitu sahaja

Jawatan Perdana Menteri Diharapkanya
Sehingga sanggup menyembah colok yang berasapnya
Di hari memperingati Seorang Cina yang dibunuh kononya
Kematian beliau sengaja disensasikanya

Keadilan Untuk Si Mati berbangsa Cina
Terus Dilaungkanya
Sedangkan beliau menafikan Keadilan untuk Saiful Bukhari Bekas Pembantu Khasnya
Keadilan itu terus dinafikanya

Semoga Allah tuhan seru sekian alam membalasnya
Kerana Allah tuhan seru sekian alam maha kuasa
Allah mengadili umatnya tanpa mengira bangsa
Allah Maha Tuhan Seru Sekian Mengetahui tentang umatNYA
[yiemega D'Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan]

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Wednesday, July 22, 2009

Apabila Kedudukan Dan Pangkat Dikejar...

Apabila Kedudukan Dan Pangkat Dikejar...

Satu sifir politik baru dicipta
Sifir itu dipelopori Zaid Ibrahim
Apabila Gagal Keluar Ikut Rasa
Lepas tu masuk terus diangkat oleh Anwar Ibrahim

Sebelum ini Gagal Ketua Bahagian UMNO
Kemudian Sertai PKR Dapatlah Kuasa
Lantas terus cuba pula memujuk Ku Li dalam UMNO
Namun pujukan itu tidak dipeduli kerana beliau masih setia

Jawatan ditawarkan sewenang-wenangnya
Kepada sesiapa sahaja dari BN yang menyertai PKR dan BN ditinggalkan
Anwar Ibrahim sanggup buat apa sahaja demi kuasa
Bukan rakyat menjadi fokus tetapi jawatan Perdana Menteri menjadi pilihan

Apabila kedudukan dan pangkat dikejar
Apa sahaja mereka sanggup lakukan
Termasuk menarik sesiapa sahaja yang difikirkan untuk dapat dikejar
Itulah Sifir Politik Baru Zaid Ibrahim Perkenalkan.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Thursday, July 16, 2009

Tumpuan Manek Urai Sudah Berakhir...

Tumpuan Manek Urai Sudah Berakhir...

Sebelum ini Manek Urai selalu disebut
Pilihan Raya Kecil Manek Urai Sudah berakhir
Dulu kendengaran suara kempen macam ribut
Kini tumpuan di Manek Urai sudah berakhir

Aku hanya harapkan
Walaupun pilihan raya manek urai sudah berakhir
Pembangunan patut diteruskan
Walaupun pilihan raya sudah berakhir
kerja kuat adalah perlu tanpa akhir

Aku juga berharap agarnya
Hubungan yang renggang sebelum ini kembali rapat
Persahabatan yang reput kembali menjadi ampuh harapnya
Lupakan sengketa kita rapatkan saf dan kembali bertaut

Penduduk Manek Urai Kembali Menyepi
Tiada lagi cerita mereka tv siarkan
Kalau ada pun hanya sekadar hiasan untuk menyeri
Semoga rakyat Manek Urai terus diutamakan

Satu lagi harapan aku agar
Umat Islam terus bersatu
Walaupun apa pun yang terjadi, walau gempa bumi bergegar
Matlamat kita hanyalah satu

Demi membentuk kesinambungan tamadun Islam
Marilah bersama bersatu sekalian umat
Walau panas terik mentari, walau malam yang kelam
Pastikan kita bersatu agar kita tidak dicincang lumat
[yiemega, D'Pauh Lima, Bachok, Kelantan]

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Saturday, July 11, 2009

100 Hari Berlalu 100 Hari Kemudian Dalam Penantian...

100 Hari Berlalu 100 Hari Kemudian Dalam Penantian

100 Hari Sudah berlalu
Najib sebagai PM Malaysia
Berusaha membawa perubahan berbanding dahulu
Ke arah membentuk 1Malaysia

100 Hari Terdahulu yang cermelang
Pelbagai perubahan diatur demi rakyat
100 hari kemudian dinantikan dengan harapan gemilang
Pencapaian Diutamakan Dan Didahulukan rakyat

Aku hanya berharap agar ia bukan sekadar impian
Bukan juga satu slogan yang retorik semata-mata
Aku hanya mahu pemimpin yang banyak bertindak dari berangan-angan
Semoga 100 Hari mendatang Kejayaan bakal dijulang kita

Aku bukanlah seorang pemimpin negara
Aku juga bukanlah seorang Politikus
Aku hanya insan biasa yang bergelar rakyat biasa
Impian aku hanyalah dikurniakan pemimpin yang tidak rakus

1Malaysia diharapkan menyatukan semua bangsa
Rakyat sentiasa Di dahulukan itulah yang aku mahu
Pencapaian Diutamakan adalah kehendak semua bangsa
Jurang antara pemimpin dan rakyat hendaklah dikurangkan itulah mereka mahu

100 Hari telah berlalu cermelang
100 Hari menyusul diharapkan terus bersinar
100 Hari telah dinilaikan prestasinya gemilang
100 Hari menyusul diharapkan prestasinya terus menyinar

[yiemega, D'Kota Bharu, Kelantan]
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Wednesday, July 8, 2009

Perlawanan Persahabatan Satu Harapan...

Perlawanan Persahabatan Satu Harapan

Kelantan negeri yang aman
Rakyatnya hidup dengan penuh tolenrasi
Manek Urai jadi Perhatian
Satu harapan untuk demokrasi

Pertandingan dua penjuru
Antara PAS dan BN
Perlawanan Persahabatan diseru
Pilihan Raya Kecil Manek Urai Paling Aman

Satu harapan dilontarkan
Agar keamanan di Manek Urai terus kekal
Kempen caci-mencaci perlu dielakkan
Kempen menerangkan agenda masing-masing perlu kekal

Selepas ini diharapkan juga
Pilihan Raya aman seperti Manek Urai
Usahlah bertelagah sesama kita
Kekalahan ditangisi dan kemenangan dirai

Kalah dan menang adat pertandingan
Jangan sekali yang kalah berang
Jangan juga yang menang bermegahan
Marilah bersama menangisi kekalahan dan meraikan kemenangan
[yiemega, D'Manek Urai, Kelantan]

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Saturday, July 4, 2009

Apabila Kawan Menjadi Lawan...

Apabila Kawan Menjadi Lawan

Kawan ialah sahabat
Kawan ketawa senang dicari
Pilih kawan biarlah penuh makrifat
Kawan menangis sukar sekali

Dulunya kawan ke mana sahaja sentiasa di sisi
Akhirnya menjadi lawan kudis seinci pun diceritakan
Tidak elok berkawan dengan kawan seperti ini
Jika diteruskan jua dirimu pasti terkorban

Berkawan bukanya tidak boleh
Berkawan biar seribu tapi hati-hati
Tersilap pilih kawan akibatnya padah
Kawan yang suka menuntut bukanlah kawan sejati

Mengapa dicari kawan yang sebegini
Usahlah kamu berusaha memujuknya
Buat apa berkawan dengan kawan yang suka kawan dizalimi

Biarlah apa orang nak kata asalkan diri tak teranaya

Mengapa jadi begini
Mengapa kau silap pilih kawan
Muhasabalah diri sendiri
Mungkin ada kesilapan yang kau telah dilakukan

Dulu apabila kawan lama ingin berdamai kau tak endahkanya
Apabila kawan lama itu kata dia menyesal
Kau kata sudah serik bersama denganya
Apa yang terjadi pada kau tidakkah kau menyesal
[ yiemega, D'Besut, Terengganu]

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Friday, July 3, 2009

Mencari Titik Penyatuan Ummah

Mencari Titik Penyatuan Ummah

Perpaduan bermula daripada penyatuan
Penyatuan membawa kepada Perpaduan
Perpecahan membawa kepada kesengsaraan
Elakkan perpecahan dan carilah titik penyatuan

Walau sehebat manapun kita
Tidak semestinya kita tidak perlu bersatu
Musuh sentiasa memerhatikan kita
Kita hanya menunggu masa untuk dipalu

Tiada guna Kita bertelagah sesama sendiri
Kita berbalah sesama kita, mereka pula yang bertepuk tangan
Huraikanlah sengketa demi kekuatan Islam terus tegak berdiri
Apabila kita berpuak-puak, mereka pula bersatu tanpa tentangan

Kita berkelahi sesama sendiri
Mereka mula menuntut hak kita tanpa kita menyedarinya
Hendakkah kita menanggis kerana dek kerana kita Islam pupus di bumi ini
Bumi bertuah bernama Malaysia, kekuatan Islam bergantung pada kita

Usahlah diungkit sengketa lama
Lumrah manusia kadang-kadang tersilap
Bersegeralah lah wahai umat ke arah perpaduan kita
Jangan tunggu lama-lama nanti akhirnya kita lenyap
[ yiemega, D'Wakaf Zain, Kelantan]

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Sunday, June 28, 2009

Muzakarah, Muqabalah, Mujadalah Akhirnya Mu Nok Baloh...

Muzakarah, Muqabalah, Mujadalah Akhirnya Mu Nok Baloh...

Dulu kau tawarkan Muzakarah
Kemudian Muqabalah Ditawarkan
Kini kau ajak pula Mujadalah
Apa sebenar yang kau carikan

Kerajaan Perpaduan Kau Juga Cadangkan
Tapi Akhirnya UMNO Juga Disalahi
Kerajaan Perpaduan Kau sudah Talkinkan
Apa sebab kau ajak Mujadalah lagi

Jangan kau hipokrit di pentas politik
Kami tahu kamu akan mengambil kesempatan ke atasnya
Tak payah lah nak membuang masa dengan perangai mu yang pelik
Kami sudah malas nak melayan karenahnya

Hebat sangatkah diri kau itu
Muzakarah, Muqabalah, Mujadalah
Apa lagi ungkapan yang akan diungkapkan oleh kau
Muzakarah, Muqabalah, Mujadalah dan akhirnya Mu Nok Baloh
{yiemega, D'Kubang Kerian, Kelantan}



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!
 

©2009 KaryaMelayu2u | by TNB