Blog ini Ditaja Oleh

Showing posts with label Business and Economy. Show all posts
Showing posts with label Business and Economy. Show all posts

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Kali Ini...

Ramadhan Kali Ini

Ramadhan Hadirmu Setahun Hanya Sekali
Awal Datangmu penuh rahmat
Pertegahan Datangmu Penuh Pegampunan yang dimaafi
Akhir datangmu membawa berkat

Ramadhan sungguhpun kau datang hanya setahun sekali
Namun aku sentiasa ternantikan kehadiranmu
Ramadhan banyak mengajar aku aku bersabar tanpa benci
Amarahku aku elakkan semasa kehadiranmu

Ramadhan kali ini biarpun di musim panas
Namun aku tetap tabahkan hati untuk meneruskan jua
Ramadhan kali biarpun waktu berbuka lewat tetapi jiwa tetap berkeras
Untuk menamatkan puasa di bulan Ramadhan walau apa carapun jua

Ramadhan kali ini aku cuba jadikan yang terbaik
Terbaik daripada yang lepas
Agar aku terus bersabar dan berusaha mencari jalan yang baik
Aku tetap berpuasa walau hidup aku bebas

Ramadhan kali ini benar-benar mengajak aku merasai jerit payah fakir dan miskin
Kadang-kadang mereka makan paling banyak sekali sehari
Kadang-kadang dalam sehari mereka langsung tak makan
Itulah penderitaaan yang dapat ku rasai
[ yieMEGA, D'Stadium Sultan Mohammad IV, KB, Kelantan]


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Saturday, June 27, 2009

KaryaMelayu2u berwajah baru....

Kerja-kerja pengubahsuaian blog KaryaMelayu2u akhirnya sudah siap sepenuhnya dengan harapan dapat memberi input dan karya untuk tatapan pelayar dan pembaca yang begitu setia dengan karyamelayu2u.

Terima Kasih saya ucapkan kepada sesiapa sahaja yang menjadi pelayar setia blog ini dan juga yang sudah menjadi pengikut (Follower) blog ini. Jasanya sentiasa saya hargai kerana tanpa mereka siapalah saya.

Adalah saya berharap bilangan pengunjung akan lebih meningkat selepas pengubahsuaian blog ini telah dilakukan dan juga saya juga berharap agar selepas ini blog ini dapat memberikan karya-karya terbaik buat semua.

Perlu diingatkan saya masih mentah di dalam bidang kesasteraan Melayu ini, namun saya tetap akan cuba memberikan yang terbaik buat anda, terima kasih di atas sumbangan anda selama ini...


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Wednesday, June 17, 2009

Pengemis Cilik Myanmar Di Wakaf Che Yeh

Pengemis Cilik Myanmar Di Wakaf Che Yeh
{Nukilan: yiemega}

Di tengah kepekatan malam
Aku bertandang ke Wakaf Che Yeh
Bukan Untuk Bersukaria di waktu malam
Sekadar ingin makan malam sambil melihat kesibukkan Wakaf Che Yeh

Aku singgah di gerai makan
Aku pesan Nasi Sup Perut Kegemaranku
Apabilan makanan pesanan ku tiba terus ku makan
Tiba-tiba datang seorang pengemis cilik Myanmar menganggu waktu makanku

Wahai Pengemis Cilik Myanmar
Kehadiranmu menyusahkan aku sahaja
Bukan aku tidak mahu menolongmu wahai Pengemis Cilik Myanmar
Tetapi aku meluat melihat perangaimu

Apa sebab kau jadi pengemis
Hidup seharianmu dengan mengharapkan simpati orang
Tak ada kerja lain selain mengemis
Aku tengok anggota badan kau cukup lengkap tanpa lompang

Kenapa kau mengemis
Adakah kerana hanya itu sahaja kerja kau
Kenapa kau tak ke pantai mencari remis
Adakah kerja itu susah buat kau

Pengemis Cilik Myanmar dirimu aku benci
Bukan benci sebarang benci tetapi benci dengan sikapmu
Kau datang dari negara sejauh Myanmar semata-mata untuk meraih simpati
Kau bukan tahu apa pelancong akan kata nanti kerana sikapmu itu

Pengemis Cilik Myanmar usahlah mengemis lagi
Carilah kerja untuk mencari rezeki buatmu
Tak payah mengharapkan simpati
Jangan harapkan seringgit percuma untukmu

Usahalah dengan bersungguh-sungguhnya
Usahlah ditagihkan simpati orang ramai
Aku tahu 'simpatimu' itu dusta dan nista
Malah ia turut menjadi buah mulut orang ramai.
[yiemega, D'Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan]
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Monday, May 18, 2009

Catatan Seorang Kaunselor Pelatih Episod 1


Khairul telah mendaftar diri untuk bertugas sebagai Kaunselor Pelatih di SMK Zainab 2 Kota Bharu, Kelantan. Bertugas sebagai Kaunselor Pelatih ini memang banyak cabaranya tambahan pula bertugas di sekolah yang "terkenal" dengan perangai Pelajarnya.


Hari pertama Khairul Melaporkan diri untuk bertugas di SMK Zainab 2 sebagai Kaunselor Pelatih. Bagi hari Permulaan Khairul telah membuat sesi suai kenal dengan Pengetua SMK Zainab 2 iaitu Puan Norizam. Bermulalah tugas Khairul di SMK Zainab 2.

"Assalamualaikum Pengetua Boleh Saya Masuk" Pinta Khairul dengan Penuh hormat. "Awak boleh masuk sekarang" balas Pengetua sambil tersenyum menenggelamkan mukanya yang kelihat agak serius tersebut. Khairul pun melangkah masuk dengan perlahan-lahan dan tiba di hadapan meja pengetua. Setibanya di Meja Pengetua, Khairul tidak terus duduk sebaliknya beliau menunggu arahan Pengetua untuk menyuruh dia duduk. "La buat Apa Tercegat lagi, Duduklah" Soal Pengetua sambil mengarahkan Khairul duduk.

Setelah Khairul duduk di Kerusi empuk di hadapan meja Pengetua seraya Pengetua Berkata "Awak datang ke Sekolah ini atas pilihan sendiri ataupun pihak universiti yang hantar awak ke sini?" Soal Pengetua dengan muka yang agak Serius. "Saya dihantar oleh Pihak Universiti Puan Pengetua" balas Khairul sambil tersenyum sinis. "Adakah awak bersedia untuk mengikut peraturan-peraturan sekolah ini" Soal Pengetua lagi. "Ya saya amat bersedia untuk mengikut sebarang peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh sekolah ini" balas Khairul dengan selamba. "Kalau begitu baguslah saya harap jangan lepas ini janji hanya tinggal janji pula" balas Pengetua lagi.

"Ok lah selepas ini saya nak awak pergi berjumpa semua Barisan Pentadbir sekolah ini bermula dengan Penolong Kanan Pentadbiran hinggalah Guru Kanan Ketua Bidang" arah Pengetua dengan muka yang agak serius yang boleh membuat siapa sahaja yang melihatnya merasa takut denganya. "Baik Pengetua" balas Khairul ringkas.

Setelah tamat sesi suaikenal Khairul bersama Pengetua, Khairul segera berjumpa dengan Penolong Kanan Pentadbiran untuk sesi suaikenal berikutnya. "Assalamualaikum Puan, boleh saya masuk" pinta Khairul sambil berdiri di hadapan pintu bilik Penolong Kanan Pentadbiran (PKP). "Ya masuklah" balas PKP ringkas. Bagi membuka bicara, PKP menyoal Kharul "Awak bertugas sebagai Kaunselor Pelatih di sekolah ini berapa lama dan sampai bila". Lantas Khairul menjawab "Bermula dari sekarang hinggalah 14 Mei tahun ini, lebih kurang tiga bulan setengah". "Baguslah begitu, saya harap awak dapat bertugas dengan baik di sini" balas PKP sambil tersenyum sinis.

Sesi suaikenal pada hari itu diteruskan dengan perjumpaan dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid atau lebih popular dipanggil "PK HEM". PK Hem sekolah itu bernama Cikgu Rahim. Cikgu Rahim seorang yang lucu dan peramah. Pada perjumpaan Khairul bersama dengan PK Hem tidak banyak yang diperkatakan cuma sedikit penerangan ringkas mengenai Disiplin pelajar sekolah itu sahaja.

Selepas hampir 20 minit Khairul membuat pertemuan dengan PK HEM, kini tiba pula giliran Khairul membuat pertemuan dengan Penolong Kanan Ko-Kurikulum sekolah itu yang lebih dikenali dengan nama "Cikgu Hassan". Perjumpaan dengan PK KO lebih kepada penerangan ringkas berhubung aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan di SMK Zainab 2.

Beberapa minit kemudian, Khairul pula membuat perjumpaan dengan Guru Kanan Ketua Bidang sekolah itu, Pada pertemuan itu Khairul diberi penerangan ringkas oleh Guru Kanan Ketua Bidang mengikut bidang masing-masing akhirnya Khairul mula memasuki Bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk memulakan tugas sebagai Kaunselor pelatih sekolah itu.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!
 

©2009 KaryaMelayu2u | by TNB