Blog ini Ditaja Oleh

Showing posts with label Asia. Show all posts
Showing posts with label Asia. Show all posts

Friday, January 29, 2010

Tiada Lagi Bangsa

Tiada Lagi Bangsa

Tiada lagi Bangsa
1Malaysia menjadikan bangsa tidak penting
disebalik bangsa lain terus berkualiti, bangsa kita terus terlena
Kita tak peduli kalau bangsa lain tak nak isytihar bangsa kerana tidak penting
Tapi bangsa kita tak rela dari membuka hinggalah pejam mata bangsa dihapuskan begitu saja

Tiada lagi bangsa
Dalam borang-borang Kerajaan
1Malaysia punya pasal dikorbankan bangsa
Jangan dimansuhkan pernyataan bangsa oleh borang kerajaan
Bukankan keturunan kita bermula daripada bangsa

Tiada lagi bangsa
Adalah lebih baik kita mengekalkan bangsa dalam borang kerajaan
Tetapi tidak mewajibkan ianya diisi oleh mereka yang malu dengan bangsa mereka
Usahlah digadai bangsa untuk 1Malaysia satu kebangsaan

Tiada lagi bangsa
Jadi untuk apa kita dilahirkan pelbagai bangsa masyarakat majmuk
Untuk apa kita membuang bangsa
Adakah ia hanya bertujuan untuk memujuk.
[yiemega, D'JKR 10, Kota Bharu, Kelantan]
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Saturday, January 2, 2010

Berlabuhnya Tirai 2009, Terbukanya Tirai 2010

Berlabuhnya Tirai 2009, Terbukanya Tirai 2010

Tirai 2009 Telah dilabuhkan
2009 telah diisi dengan pelbagai ragam dan peristiwa
Hidup ini kadang-kadang diperlukan
Kadang-kadang terus dilupa

2009 memberi kenangan penuh kesyahduan
2010 pula menjelma
Harapnya 2010 memberi sinar baru dalam kehidupan
Impianku menjadi yang terbaik di dunia

2009 meninggalkan pelbagai catatatan dalam kehidupan
Kadang gembira kadang sengsara
Itulah resam dunia kita tak selalunya berada di hadapan
Kalau pun kita berjaya jangan dilupa bangsa kita

2010 tekadkan impian teruskan perjuangan
Marilah kita menuju kejayaan yang sempurna
Walau siapapun kita tetap perlukan pengorbanan
Pengorbanan walau sedikit akan membuat kita berjaya

2010 aku ingin lihat bangsaku dalam penyatuan
Umat Islam di negaraku terus berpadu agar kejayaan tercipta
Usah lah berpecah lagi demi perpaduan
Bersatulah demi Agama, Bangsa dan Negara
[yieMEGA, D'Repek Pasir Mas, Kelantan]



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Wednesday, November 4, 2009

Wang Ihsan Untuk Kelantan

Wang Ihsan Untuk Kelantan

Apa pun nama asalkan ada untuk rakyat Kelantan
Apa pun nama asalkan pembahagianya adil untuk rakyat Kelantan
Walau bukan royalti namanya asalkan manfaat untuk rakyat Kelantan
Walau apa pun caranya pastikan tiada yang hanya makan santan

Tak kisah apa pun namanya asalkan diberikan terus kepada rakyat Kelantan
Pembangunan memang perlu asalkan ia boleh diterima akal fikiran
Jangan pula pembangunan itu membuat rakyat kelantan baran
Jangan pula ada tangan-tangan jahat merompak Wang Ihsan untuk Kelantan

Pemegang Amanah Wang Ihsan Jangan sesekali lupa itu adalah untuk rakyat Kelantan
Jangan nanti pemimpin bermewahan rakyat Kelantan pula bergelutan
Jangan nanti yang kaya bertambah kaya, yang miskin pula keciciran
Gunakanlah Wang Ehsan itu dengan baik-baik mudah-mudahan disayangi rakyat Kelantan

Jika buat projek pembangunan
Pastikan ia bermanfaat untuk rakyat Kelantan
Pastikan ia mampu menjana ekonomi untuk Kelantan
Pastikan ia melahirkan usahawan korporat yang baru bukan hanya penjual santan

Jika nak dibahagikan terus kepada rakyat Kelantan
Pastikan ianya adil, saksama dan telus untuk rakyat Kelantan
Jangan ada yang tercicir, jangan ada yang sengaja dicicirkan
Tak kiralah mereka itu orang dacing ataupun bulan

Walau mereka dacing atau bulan
Mereka tetap rakyat Kelantan
Mungkin hari ini mereka dacing atau bulan
Mungkin esok bulan akan bertukar dacing timbangan
[yieMEGA, D'Kota Bharu, Kelantan]

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Sunday, August 30, 2009

Pada Pagi Merdeka Ini...

Pada Pagi Merdeka Ini

Pada Pagi Merdeka Ini
Banyak Maknanya kepada rakyat Malaysia
Kejayaan Pejuang Kermedekaan dirayakan sekalagi lagi pada pagi ini
1Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan menjadi tema

Pada pagi merdeka ini
Aku anak pasca merdeka terkenangkan jerit payah pejuang merdeka
Walau anak pasca merdeka lain banyak menghabiskan masa di jalanan pada pagi ini
Aku duduk di hadapan peranti teknologi sambil berkarya

Merdeka ertinya kebebasan dari belenggu
Perarakan bukan ertinya merdeka
Cerita-cerita sejarah ditatapi tanpa jemu
Tak kala anak muda berlumba di jalanan aku berkarya untuk merdeka

Pada pagi merdeka ini
Aku teringat pengorbanan bangsaku yang sekian banyak
Namun pengorbanan itu langsung tidak dihargai
Apa yang mereka tahu terus membuat tuntutan yang makin banyak

Pada pagi merdeka ini
Aku terfikir dapatkan kemerdekaan ini berkekalan
Pada pagi merdeka ini
Aku berdoa agar nikmat yang aku nikmati selama ini terus berkekalan

Pada pagi merdeka ini
Aku memanjatkan doa untuk roh-roh pejuang merdeka
Pada pagi merdeka ini
Aku berterima kasih kepada mereka yang berusaha untuk memerdekakan kita
[ yiemega, D'Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu ]




Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Kali Ini...

Ramadhan Kali Ini

Ramadhan Hadirmu Setahun Hanya Sekali
Awal Datangmu penuh rahmat
Pertegahan Datangmu Penuh Pegampunan yang dimaafi
Akhir datangmu membawa berkat

Ramadhan sungguhpun kau datang hanya setahun sekali
Namun aku sentiasa ternantikan kehadiranmu
Ramadhan banyak mengajar aku aku bersabar tanpa benci
Amarahku aku elakkan semasa kehadiranmu

Ramadhan kali ini biarpun di musim panas
Namun aku tetap tabahkan hati untuk meneruskan jua
Ramadhan kali biarpun waktu berbuka lewat tetapi jiwa tetap berkeras
Untuk menamatkan puasa di bulan Ramadhan walau apa carapun jua

Ramadhan kali ini aku cuba jadikan yang terbaik
Terbaik daripada yang lepas
Agar aku terus bersabar dan berusaha mencari jalan yang baik
Aku tetap berpuasa walau hidup aku bebas

Ramadhan kali ini benar-benar mengajak aku merasai jerit payah fakir dan miskin
Kadang-kadang mereka makan paling banyak sekali sehari
Kadang-kadang dalam sehari mereka langsung tak makan
Itulah penderitaaan yang dapat ku rasai
[ yieMEGA, D'Stadium Sultan Mohammad IV, KB, Kelantan]


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Thursday, August 6, 2009

Pengkhianat Bangsaku...

Pengkhianat Bangsaku

Tanpa ku sedari bangsaku dikhianat
Tanpa ku sedari bangsaku diperguna bangsa penjajah
Tanpa ku sedari bangsaku telah menjadi tali barut
Tanpa ku sedari bangsaku akan kembali di jajah

Ku lihat senjatamu wahai bangsaku
Hanya yang ada dibeli dengan bangsa berkulit putih
Ku lihat pula perpaduan bangsaku
Kini sudah berpecah tiga terus berpecah

Aku begitu gerun melihat tanah tumpah darahku
Bakal diperintah oleh penjajah semula dengan menggunakan tangan bangsaku sendiri
Mengapa ini terjadi pada bangsaku
Air mata aku terus mengalir berlinang membasahi pipi

Bangsaku memang sukar untuk mengambil iktibar dari sejarah
Apa yang mereka tahu perjuangan ideologi politik lebih penting dari pertahankan negara
Apalah nasib tanah ini di hari esok, di tanah inilah dipahat satu sejarah
Bangsaku bersatu untuk menentang anasir penjajah dan juga petualang negara

Kalau ku lihat bangsaku hari ini
Sedih kali hingga tak terkata
Mengapa bangsaku jadi begini
Tidak sedarkah mereka bangsa penjajah akan terus cuba menjajah negara tercinta ini

Puaskah bangsaku sekadar berarak sambil bertempik di jalanan
Apa yang bangsaku mahukan sebenarnya
Adakah bangsaku mahu pengkhianat bangsa terus bermaharajalela tanpa segan
Apalah nasib anak bangsaku di masa depanya

Adakah di hari esok bangsaku terus begini
Ataupun di hari esok lebih teruk dari ini bangsaku dikerjakan
Ku harap Pada hari esok ia tak akan jadi begini
Apa yang ku doakan agar bangsaku dipadukan
[yiemega D'Damai Beach Resort, Besut, Terengganu]


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Saturday, August 1, 2009

Bertemunya Dua Pemimpin Berbeza Landasan

Bertemunya Dua Pemimpin Berbeza Landasan

Satu pagi yang damai
Tanggal 1 Ogos 2009 Tertakdirlah satu peristiwa
Pertemuan Dua Pemimpin Berbeza Landasan yang disertai
Pertemuan yang tidak dijangka dan juga di duga

Bertemulah seorang Perdana Menteri
Disambut oleh Menteri Besar Bergelar Tok Guru
Bukan niat mereka untuk parti dikhianati
Cuma mereka sekadar ingin berpadu

Mengharapkan Kelantan dihadiahkan bantuan
Royalti Petroleum pula diminta
Permintaan Najib Hanyalah Satu iaitu hati orang UMNO hendaklah dijagakan
Barulah senang hati memberi bantuan yang dipinta

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Menjadi Saksi
Pertemuan dua pemimpin berbeza landasan tetapi matlamatnya sama
Agar Islam di Malaysia berpadu agar dihari esok tiada apa yang perlu ditangisi
Tunas Perpaduan bermula di Kelantan negeri kaya budaya

Walaupun sekadar 20 minit masa diperuntukkan
Namun ia sudah cukup untuk menjadi kayu pengukur
Usah lagi diteruskan persengketaan
Kami sebagai rakyat sudah akur.
[yiemega, D'Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan]



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Saturday, July 11, 2009

100 Hari Berlalu 100 Hari Kemudian Dalam Penantian...

100 Hari Berlalu 100 Hari Kemudian Dalam Penantian

100 Hari Sudah berlalu
Najib sebagai PM Malaysia
Berusaha membawa perubahan berbanding dahulu
Ke arah membentuk 1Malaysia

100 Hari Terdahulu yang cermelang
Pelbagai perubahan diatur demi rakyat
100 hari kemudian dinantikan dengan harapan gemilang
Pencapaian Diutamakan Dan Didahulukan rakyat

Aku hanya berharap agar ia bukan sekadar impian
Bukan juga satu slogan yang retorik semata-mata
Aku hanya mahu pemimpin yang banyak bertindak dari berangan-angan
Semoga 100 Hari mendatang Kejayaan bakal dijulang kita

Aku bukanlah seorang pemimpin negara
Aku juga bukanlah seorang Politikus
Aku hanya insan biasa yang bergelar rakyat biasa
Impian aku hanyalah dikurniakan pemimpin yang tidak rakus

1Malaysia diharapkan menyatukan semua bangsa
Rakyat sentiasa Di dahulukan itulah yang aku mahu
Pencapaian Diutamakan adalah kehendak semua bangsa
Jurang antara pemimpin dan rakyat hendaklah dikurangkan itulah mereka mahu

100 Hari telah berlalu cermelang
100 Hari menyusul diharapkan terus bersinar
100 Hari telah dinilaikan prestasinya gemilang
100 Hari menyusul diharapkan prestasinya terus menyinar

[yiemega, D'Kota Bharu, Kelantan]
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Wednesday, July 8, 2009

Perlawanan Persahabatan Satu Harapan...

Perlawanan Persahabatan Satu Harapan

Kelantan negeri yang aman
Rakyatnya hidup dengan penuh tolenrasi
Manek Urai jadi Perhatian
Satu harapan untuk demokrasi

Pertandingan dua penjuru
Antara PAS dan BN
Perlawanan Persahabatan diseru
Pilihan Raya Kecil Manek Urai Paling Aman

Satu harapan dilontarkan
Agar keamanan di Manek Urai terus kekal
Kempen caci-mencaci perlu dielakkan
Kempen menerangkan agenda masing-masing perlu kekal

Selepas ini diharapkan juga
Pilihan Raya aman seperti Manek Urai
Usahlah bertelagah sesama kita
Kekalahan ditangisi dan kemenangan dirai

Kalah dan menang adat pertandingan
Jangan sekali yang kalah berang
Jangan juga yang menang bermegahan
Marilah bersama menangisi kekalahan dan meraikan kemenangan
[yiemega, D'Manek Urai, Kelantan]

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Saturday, July 4, 2009

Apabila Kawan Menjadi Lawan...

Apabila Kawan Menjadi Lawan

Kawan ialah sahabat
Kawan ketawa senang dicari
Pilih kawan biarlah penuh makrifat
Kawan menangis sukar sekali

Dulunya kawan ke mana sahaja sentiasa di sisi
Akhirnya menjadi lawan kudis seinci pun diceritakan
Tidak elok berkawan dengan kawan seperti ini
Jika diteruskan jua dirimu pasti terkorban

Berkawan bukanya tidak boleh
Berkawan biar seribu tapi hati-hati
Tersilap pilih kawan akibatnya padah
Kawan yang suka menuntut bukanlah kawan sejati

Mengapa dicari kawan yang sebegini
Usahlah kamu berusaha memujuknya
Buat apa berkawan dengan kawan yang suka kawan dizalimi

Biarlah apa orang nak kata asalkan diri tak teranaya

Mengapa jadi begini
Mengapa kau silap pilih kawan
Muhasabalah diri sendiri
Mungkin ada kesilapan yang kau telah dilakukan

Dulu apabila kawan lama ingin berdamai kau tak endahkanya
Apabila kawan lama itu kata dia menyesal
Kau kata sudah serik bersama denganya
Apa yang terjadi pada kau tidakkah kau menyesal
[ yiemega, D'Besut, Terengganu]

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Saturday, June 27, 2009

KaryaMelayu2u berwajah baru....

Kerja-kerja pengubahsuaian blog KaryaMelayu2u akhirnya sudah siap sepenuhnya dengan harapan dapat memberi input dan karya untuk tatapan pelayar dan pembaca yang begitu setia dengan karyamelayu2u.

Terima Kasih saya ucapkan kepada sesiapa sahaja yang menjadi pelayar setia blog ini dan juga yang sudah menjadi pengikut (Follower) blog ini. Jasanya sentiasa saya hargai kerana tanpa mereka siapalah saya.

Adalah saya berharap bilangan pengunjung akan lebih meningkat selepas pengubahsuaian blog ini telah dilakukan dan juga saya juga berharap agar selepas ini blog ini dapat memberikan karya-karya terbaik buat semua.

Perlu diingatkan saya masih mentah di dalam bidang kesasteraan Melayu ini, namun saya tetap akan cuba memberikan yang terbaik buat anda, terima kasih di atas sumbangan anda selama ini...


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Saturday, June 20, 2009

Samseng Cilik Flat Buluh Kubu...

Samseng Cilik Flat Buluh Kubu

Kelantan Darul Naim Ibu Negerinya Kota Bharu
Di situ letaknya Rumah Pangsa Buluh Kubu
Yang turut dikenali dengan nama Flat Buluh Kubu
Penghuninya ramai yang suka makan budu

Medan Selera Buluh Kubu Terletak Berhampiran denganya
Suasana di sini amat kotor dan jijik sekali
Orang ramai dengan selesa menjamu selera
Tikus sebesar kucing berlari-lari

Ini kisah samseng Cilik Buluh Kubu
Tidak kira siapa akan jadi mangsa mereka
Melayu, Cina, India atau Myanmar sentiasa mereka buru
Mereka sentiasa berlagak hebat walau belum tumbuh bulu

Satu Ringit, Dua Ringgit kadang semua dikebasnya
Apa pun terjadi mereka tidak akan disedari
Kadang-kadang cikgu mereka sendiri pun diugutnya
Hidup mereka sehari-hari dosa selalu mereka dekati

Ibu-bapanya terlalu sibuk mencari rezeki
Sampai tak ingat dunia ini bakal berakhir
Apa yang mereka tahu wang lebih penting daripada anak lelaki
Ada yang solat pun tidak, sibuk berniaga tanpa akhir

Samseng Cilik Flat Buluh Kubu
Orang berjasa padanya akan dibalas buruk olehnya
Mereka tidak bersyukur dengan pertolongan orang yang tak jemu-jemu
Kadang-kadang orang itu umpa melepaskan anjing tersepit padah akhirnya
[yiemega D'Wakaf Mek Zainab, KB, Kelantan]
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Wednesday, June 17, 2009

Pengemis Cilik Myanmar Di Wakaf Che Yeh

Pengemis Cilik Myanmar Di Wakaf Che Yeh
{Nukilan: yiemega}

Di tengah kepekatan malam
Aku bertandang ke Wakaf Che Yeh
Bukan Untuk Bersukaria di waktu malam
Sekadar ingin makan malam sambil melihat kesibukkan Wakaf Che Yeh

Aku singgah di gerai makan
Aku pesan Nasi Sup Perut Kegemaranku
Apabilan makanan pesanan ku tiba terus ku makan
Tiba-tiba datang seorang pengemis cilik Myanmar menganggu waktu makanku

Wahai Pengemis Cilik Myanmar
Kehadiranmu menyusahkan aku sahaja
Bukan aku tidak mahu menolongmu wahai Pengemis Cilik Myanmar
Tetapi aku meluat melihat perangaimu

Apa sebab kau jadi pengemis
Hidup seharianmu dengan mengharapkan simpati orang
Tak ada kerja lain selain mengemis
Aku tengok anggota badan kau cukup lengkap tanpa lompang

Kenapa kau mengemis
Adakah kerana hanya itu sahaja kerja kau
Kenapa kau tak ke pantai mencari remis
Adakah kerja itu susah buat kau

Pengemis Cilik Myanmar dirimu aku benci
Bukan benci sebarang benci tetapi benci dengan sikapmu
Kau datang dari negara sejauh Myanmar semata-mata untuk meraih simpati
Kau bukan tahu apa pelancong akan kata nanti kerana sikapmu itu

Pengemis Cilik Myanmar usahlah mengemis lagi
Carilah kerja untuk mencari rezeki buatmu
Tak payah mengharapkan simpati
Jangan harapkan seringgit percuma untukmu

Usahalah dengan bersungguh-sungguhnya
Usahlah ditagihkan simpati orang ramai
Aku tahu 'simpatimu' itu dusta dan nista
Malah ia turut menjadi buah mulut orang ramai.
[yiemega, D'Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan]
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Wednesday, June 10, 2009

Hilangnya Permata Berkilau...

Hilangnya Permata Berkilau
(Nukilan: yiemega)

Permata Berkilau Mahal Harganya
Umpama lampu yang menyinari malam
Menerangi kegelapan malam yang gelita
Membantu manusia mencari arah dalam kegelapan malam

Permata Berkilau ini milik rakyat Malaysia
Permata Berkilau ini sudah banyak membuat kita tertawa dan menangis
Permata Berkilau ini sudah banyak memberi sumbangan kepada seni lakonan negara kita
Permata Berkilau ini telah kembali ke Rahmatullah, usah ditangisi lagi

Permata Berkilau Bernama Shukery Hashim
Jasanya pada seni lakonan tidak terkira banyaknya
Dia mampu membuat kita menangis di waktu malam
Dia mampu membuat kita tertawa ketika kita berduka-lara

Hanya Bacaan Al-Fatihah dapat aku hadiahkan
Jasamu sentiasa aku kenang walau sampai berkurun lamanya
Moga Allah menempatkan Rohmu di tempat-tempat orang yang beriman
Maafkanlah aku sekiranya pernah membuat kamu terasa

Kehilangan mu amat ku rasai
Selepas ini tiada lagi lakonamu yang menyayat hatiku
Selepas ini tiada lagi lakonanmu yang membuat tertawa aku rasai
Terima kasih atas lakonanmu yang sentiasa berada di kalbuku
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Monday, May 18, 2009

Catatan Seorang Kaunselor Pelatih Episod 1


Khairul telah mendaftar diri untuk bertugas sebagai Kaunselor Pelatih di SMK Zainab 2 Kota Bharu, Kelantan. Bertugas sebagai Kaunselor Pelatih ini memang banyak cabaranya tambahan pula bertugas di sekolah yang "terkenal" dengan perangai Pelajarnya.


Hari pertama Khairul Melaporkan diri untuk bertugas di SMK Zainab 2 sebagai Kaunselor Pelatih. Bagi hari Permulaan Khairul telah membuat sesi suai kenal dengan Pengetua SMK Zainab 2 iaitu Puan Norizam. Bermulalah tugas Khairul di SMK Zainab 2.

"Assalamualaikum Pengetua Boleh Saya Masuk" Pinta Khairul dengan Penuh hormat. "Awak boleh masuk sekarang" balas Pengetua sambil tersenyum menenggelamkan mukanya yang kelihat agak serius tersebut. Khairul pun melangkah masuk dengan perlahan-lahan dan tiba di hadapan meja pengetua. Setibanya di Meja Pengetua, Khairul tidak terus duduk sebaliknya beliau menunggu arahan Pengetua untuk menyuruh dia duduk. "La buat Apa Tercegat lagi, Duduklah" Soal Pengetua sambil mengarahkan Khairul duduk.

Setelah Khairul duduk di Kerusi empuk di hadapan meja Pengetua seraya Pengetua Berkata "Awak datang ke Sekolah ini atas pilihan sendiri ataupun pihak universiti yang hantar awak ke sini?" Soal Pengetua dengan muka yang agak Serius. "Saya dihantar oleh Pihak Universiti Puan Pengetua" balas Khairul sambil tersenyum sinis. "Adakah awak bersedia untuk mengikut peraturan-peraturan sekolah ini" Soal Pengetua lagi. "Ya saya amat bersedia untuk mengikut sebarang peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh sekolah ini" balas Khairul dengan selamba. "Kalau begitu baguslah saya harap jangan lepas ini janji hanya tinggal janji pula" balas Pengetua lagi.

"Ok lah selepas ini saya nak awak pergi berjumpa semua Barisan Pentadbir sekolah ini bermula dengan Penolong Kanan Pentadbiran hinggalah Guru Kanan Ketua Bidang" arah Pengetua dengan muka yang agak serius yang boleh membuat siapa sahaja yang melihatnya merasa takut denganya. "Baik Pengetua" balas Khairul ringkas.

Setelah tamat sesi suaikenal Khairul bersama Pengetua, Khairul segera berjumpa dengan Penolong Kanan Pentadbiran untuk sesi suaikenal berikutnya. "Assalamualaikum Puan, boleh saya masuk" pinta Khairul sambil berdiri di hadapan pintu bilik Penolong Kanan Pentadbiran (PKP). "Ya masuklah" balas PKP ringkas. Bagi membuka bicara, PKP menyoal Kharul "Awak bertugas sebagai Kaunselor Pelatih di sekolah ini berapa lama dan sampai bila". Lantas Khairul menjawab "Bermula dari sekarang hinggalah 14 Mei tahun ini, lebih kurang tiga bulan setengah". "Baguslah begitu, saya harap awak dapat bertugas dengan baik di sini" balas PKP sambil tersenyum sinis.

Sesi suaikenal pada hari itu diteruskan dengan perjumpaan dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid atau lebih popular dipanggil "PK HEM". PK Hem sekolah itu bernama Cikgu Rahim. Cikgu Rahim seorang yang lucu dan peramah. Pada perjumpaan Khairul bersama dengan PK Hem tidak banyak yang diperkatakan cuma sedikit penerangan ringkas mengenai Disiplin pelajar sekolah itu sahaja.

Selepas hampir 20 minit Khairul membuat pertemuan dengan PK HEM, kini tiba pula giliran Khairul membuat pertemuan dengan Penolong Kanan Ko-Kurikulum sekolah itu yang lebih dikenali dengan nama "Cikgu Hassan". Perjumpaan dengan PK KO lebih kepada penerangan ringkas berhubung aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan di SMK Zainab 2.

Beberapa minit kemudian, Khairul pula membuat perjumpaan dengan Guru Kanan Ketua Bidang sekolah itu, Pada pertemuan itu Khairul diberi penerangan ringkas oleh Guru Kanan Ketua Bidang mengikut bidang masing-masing akhirnya Khairul mula memasuki Bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk memulakan tugas sebagai Kaunselor pelatih sekolah itu.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Sunday, May 17, 2009

Krisis Politik Perak

Perak Darul Ridzuan
Negeri Aman Makmur
Dulunya Nizar Jamaluddin
Sekarang Zambry Abdul Kadir

Dulunya Rakyat Perak Bersatu
Dulunya Rakyat Perak Setia Pada Raja
Sekarang Rakyat Perak Tidak Bersatu
Sekarang Rakyat Perak Mula Menderhaka Pada Raja

Politik mengubah segala-gala
Kereta Raja Dihalang Oleh Rakyat Perak
Pakatan Rakyat Punca segala
Merosakkan nama Rakyat Perak

Wahai Rakyat Perak
Kembalilah Bersatu
Usahlah Berkelahi Seperti Berebut Wang Perak
Bersatu Teguh Demi negeri Perak

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Saturday, May 16, 2009

Jasamu Guru

Guru Jasamu Tinggi Melangit

Kau tak kenal Erti Penat Lelah

Kerana Kau Guru Aku Dapat Capai Cita-citaku yang tinggi melangit

Tanpa mu guru aku pasti sudah kalah


Guru, disaat ibu-bapa bekerja andalah ibu-bapa ku

Guru, disaat aku berusaha kaulah pendorongku

Guru, Tanpamu siapalah aku

Guru, tugasmu tugas mulia kaulah sanjunganku


Guru, kau mendidik aku tanpa jemu

Guru, walau di manapun kau berada aku tetap merinduimu

Guru, terima kasih di atas pengorbananmu

Guru, tanpamu tidak akan lahir perjuanganku


Guru, 16 Mei hari bermakna buatmu,

Guru Pembina Negara Bangsa,

Guru, Selamat Hari Guru Ku ucapkan buatmu,

Guru, teruskan mendidik bangsa kita….

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!
 

©2009 KaryaMelayu2u | by TNB