Blog ini Ditaja Oleh

Showing posts with label Ada. Show all posts
Showing posts with label Ada. Show all posts

Thursday, July 30, 2009

Hari Esok, Apa yang Akan Terjadi Pada Anak Bangsaku?

Hari Esok, Apa yang Akan Terjadi Pada Anak Bangsaku?

Hari ini anak bangsaku terus longlai
Pusat Serenti, Penjara dan Pusat Pemulihan Akhlak
Kini dibanjiri oleh anak bangsaku yang lalai
Melihat mereka pada hari ini, tertanya-tanya aku apa jadi pada mereka kelak

Kalau kita lihat di jalan raya yang lurus
Semakin ramai anak bangsa kita menjadi samseng jalanan
Mat Rempit juga turut digelar pada mereka yang menjadi raja di jalan yang lurus
Saban hari, saban tahun, saban ketika, anak bangsaku mati di jalanan

Dadah dan Ganja mula meresap ke dalam tubuh anak bangsaku
Anak Bangsaku kian rosak dan punah
Tauke Cina terus menjadi kaya dipenuhi dengan duit anak bangsaku
Kadang-kadang ku bermenung sendirian melihat nasib anak bangsaku hatiku sungguh pedih

Disaat anak bangsa lain sedang mengejar kejayaan
Disaat itulah anak bangsaku terus mundur dan mundur
Mungkin inilah hasil kerana bangsaku terus bercakaran
Semuanya demi kepentingan politik dan pangkat yang dikejar

Bangsaku terlupa bahawa mereka perlu membela anak bangsa
Kerana sibuk mengejar ketuanan dan kekuasaan
Ada yang mengejar Jawatan Perdana Menteri agar berkuasa
Ada juga bangsaku yang sanggup menawarkan apa sahaja demi kekuasaan

Anak bangsaku kini membilang hari
Tidak apa yang aku dapat banggakan denganya
Cuma aku boleh lihat mereka bersila di rumah pasung dari hari-kehari
Ada juga yang 'bertapa' di Pusat Serenti

Melihat keadaan ini terkang aku
Apa yang bakalan terjadi pada anak bangsaku ini
Pada hari esok di waktu aku sudah tiada di Malaysiaku
Mungkin anak bangsaku hanya akan jadi hamba di bumi sendiri.
[yiemega, D'Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan]

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Saturday, July 4, 2009

Apabila Kawan Menjadi Lawan...

Apabila Kawan Menjadi Lawan

Kawan ialah sahabat
Kawan ketawa senang dicari
Pilih kawan biarlah penuh makrifat
Kawan menangis sukar sekali

Dulunya kawan ke mana sahaja sentiasa di sisi
Akhirnya menjadi lawan kudis seinci pun diceritakan
Tidak elok berkawan dengan kawan seperti ini
Jika diteruskan jua dirimu pasti terkorban

Berkawan bukanya tidak boleh
Berkawan biar seribu tapi hati-hati
Tersilap pilih kawan akibatnya padah
Kawan yang suka menuntut bukanlah kawan sejati

Mengapa dicari kawan yang sebegini
Usahlah kamu berusaha memujuknya
Buat apa berkawan dengan kawan yang suka kawan dizalimi

Biarlah apa orang nak kata asalkan diri tak teranaya

Mengapa jadi begini
Mengapa kau silap pilih kawan
Muhasabalah diri sendiri
Mungkin ada kesilapan yang kau telah dilakukan

Dulu apabila kawan lama ingin berdamai kau tak endahkanya
Apabila kawan lama itu kata dia menyesal
Kau kata sudah serik bersama denganya
Apa yang terjadi pada kau tidakkah kau menyesal
[ yiemega, D'Besut, Terengganu]

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Saturday, June 27, 2009

Misi Mustahil Tapi Peluang Itu Ada....

Misi Mustahil Tapi Peluang Itu Ada

Misi Mustahil Satu Misi Yang Perlu Ditempuhi
Walaupun Mustahil tetapi peluang tetap ada
Walau peluh mengalir di dahi
Misi Mustahil mesti diteruskan jua

Misi BN Di Manek Urai
Sukar Mengikut Kata Najib
Walaupun Sukar Di Manek Urai
Tapi Peluang Itu Ada kata Najib

Jentera BN Perlu Kerja Kuat
Jangan Bekerja untuk mencari kekayaan
Berkerjalah untuk rakyat
Kekayaan yang dicari tidak berkekalan

Bangkitlah wahai Pemuda
Jangan sekali-kali alpa dengan waktu
Tersilap langkah akibatnya merana
Berjuanglah wahai pemuda tanpa mengira waktu.,,
{Yiemega, D'Kota Bharu, Kelantan}


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Saturday, June 20, 2009

Samseng Cilik Flat Buluh Kubu...

Samseng Cilik Flat Buluh Kubu

Kelantan Darul Naim Ibu Negerinya Kota Bharu
Di situ letaknya Rumah Pangsa Buluh Kubu
Yang turut dikenali dengan nama Flat Buluh Kubu
Penghuninya ramai yang suka makan budu

Medan Selera Buluh Kubu Terletak Berhampiran denganya
Suasana di sini amat kotor dan jijik sekali
Orang ramai dengan selesa menjamu selera
Tikus sebesar kucing berlari-lari

Ini kisah samseng Cilik Buluh Kubu
Tidak kira siapa akan jadi mangsa mereka
Melayu, Cina, India atau Myanmar sentiasa mereka buru
Mereka sentiasa berlagak hebat walau belum tumbuh bulu

Satu Ringit, Dua Ringgit kadang semua dikebasnya
Apa pun terjadi mereka tidak akan disedari
Kadang-kadang cikgu mereka sendiri pun diugutnya
Hidup mereka sehari-hari dosa selalu mereka dekati

Ibu-bapanya terlalu sibuk mencari rezeki
Sampai tak ingat dunia ini bakal berakhir
Apa yang mereka tahu wang lebih penting daripada anak lelaki
Ada yang solat pun tidak, sibuk berniaga tanpa akhir

Samseng Cilik Flat Buluh Kubu
Orang berjasa padanya akan dibalas buruk olehnya
Mereka tidak bersyukur dengan pertolongan orang yang tak jemu-jemu
Kadang-kadang orang itu umpa melepaskan anjing tersepit padah akhirnya
[yiemega D'Wakaf Mek Zainab, KB, Kelantan]
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Wednesday, June 17, 2009

Ke Makam Ayahnda..

Ke Makam Ayahnda

Pada keheningan pagi subuh yang dingin
Aku singgah sebentar ke makam Ayahnda
Aku lihat makammu dipenuhi rumput
Lantas aku mencabut rumput itu di Dinihari

Ku lihat makammu terkenang aku jasamu
Teringat aku masa dirimu masih ada
Jerit dan payahmu membesarkan aku
Dari aku kecil hinggalah aku dewasa

Bau haruman dari bunga kemboja
Menambahkan lagi aroma kesedihanku
Kini kau sudah tiada
Hanya yang ada hanya makammu

Kedinginan pagi mengharukan aku
Embun menitis diatas makam Ayahnda
Aku berjanji padamu
Aku akan membalas jasamu padaku Ayanda

Makam Ayahndaku yang sepi itu
Akhirnya bunyi Bacaan Al-fatihah memecahkan kesepian
Ayanda anaknda menadah tangan berdoa untukmu
Damailah engkau di sana menikmati rehat di akhiran.
[Yiemega, D'Tanah Perkuburan Islam Kampong Raja]
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Tuesday, June 16, 2009

Derita Yang Kau Alami

Derita Yang Kau Alami
{Nukilan: yiemega}

Derita yang kau alami dapat ku rasai
Susuk tubuhmu dipenenuhi wayar-wayar berserabut
Topeng Penafasan menjadi nyawamu kini
Deritanya amat pedih aku rasai seolah mahu hatiku mahu tercabut

Dulu kau seorang insan yang lengkap kejadianya
Kini kau menderita dek kerana "Kuda Besi" yang kau tungangi
"Besi Bergerak" telah membuat kau menderita
Tangan kananmu sudah tiada kini

Mengenangkan nasibmu yang sebegitu
Air Mataku secara tidak sengaja membasahi pipi
Mengapa kau yang menangung derita itu
Tapi aku tak salahkan suratan Tuhan dalam hal ini

Aku juga tidak salahkan kau yang menunggang 'kuda besimu' dengan laju
Mungkin diwaktu itu kau tidak fikirkan apa akibatnya
Kau masih mudah remaja berdarah panas berhibur tanpa jemu
Sekarang kalau menyesal pun tidak ada gunanya

Aku lihat kau yang terbaring di atas katil pesakit itu
Wad ICU HUSM Kubang Kerian
Matamu masih enggan melihat keindahan dunia tempat lahirmu
Hanya bunyi-bunyi mesin yang dapat aku dengarkan

Aku mengangkat tanganku
Berdoa pada Tuhan Seru Sekian Alam
Agar menamatkan penderitaanmu
Agar kamu boleh melihat kembali keindahan siang dan malam.
[yiemega, D'HUSM Kubang Kerian Kelantan]

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Saturday, June 13, 2009

Terima Kasih Ayahku...

Terima Kasih Ayahku
{Nukilan: yiemega}

Ayahku kau telah banyak berjasa padaku
Disaat aku tidur engkau berjaga
Disaat aku berjaga kau masih lagi menjaga aku
Disaat aku bersedih kau penawar luka

Kau lah 'role model' aku
Setiap hari tanpa jemu ilmu kau curahkan
Di waktu pagi yang hening kau yang memberikan aku duit belanja aku
Kau yang menghantar aku ke sekolah menutut ilmu yang guru curahkan

Setiap hari kau berjasa padaku
Setiap ketika kau menjaga aku bagai menatang minyak yang penuh
Di saat aku ada masalah kaulah pembimbingku
Namun kini kau sudah tiada lagi untuk berbakti padaku

Namun aku tetap tidak akan melupakan jasamu
Jasamu akan ku balas sekadar aku mampu membalasnya
Aku kirim Doa buat Rohmu
Agar Roh dikau di tempat orang-orang yang sa'leh dan beragama

Ayahku Terima Kasih Di atas Jasamu
Selamat Hari Bapa Untukmu wahai Ayah
Aku sentiasa mengingati kamu
Walaupun aku sibuk dengan tugas di Sekolah
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Thursday, June 4, 2009

Warkah Untuk Anak Yatim

Warkah Untuk Anak Yatim
{Nukilan: yiemega}

Disaat orang lain berbahagia disamping ayah tercinta
Kau hanya mampu mengeluar air mata kasihmu
Disaat orang lain berbahagi disamping ibu tercinta
Kau berduka lara mengenang kisah lalu

Kau insan istimewa
Janganlah kau bersedih lagi
Walau ayahmu sudah tiada
Namun kau masih ada untuk berbakti

Duhai anak-anak yatim
Janganlah kau jadikan alasan untuk tidak berjaya
Berjuanglah demi anak yatim
Jika kau terus berusaha kau pasti berjaya

Duhai anak-anak yatim yang kusayangi
Aku berjanji padamu akan ku berkhidmat padamu
Patah sayap paruh jua aku tongkatkan lagi
Percayalah padaku aku akan berjuang untukmu anak yatim yang kusayangi

Wahai anak-anak yatim yang sedang belajar
Usahlah kau malas-malas lagi
Berusahalah kau agar kaun menjadi insan terpelajar
Ilmu perlu kau timba setiap hari

Duhai anak-anak yatim yang kusayangi,
kau boleh buktikan yang kau juga berhak berjaya
kau insan teristimewa, kau insan terpilih, kau pasti berjaya lagi
Usah dipeduli herdik dan cancian orang terhadapmu selagi kau tidak berjaya
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!
 

©2009 KaryaMelayu2u | by TNB