Blog ini Ditaja Oleh

Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Saturday, August 1, 2009

Bertemunya Dua Pemimpin Berbeza Landasan

Bertemunya Dua Pemimpin Berbeza Landasan

Satu pagi yang damai
Tanggal 1 Ogos 2009 Tertakdirlah satu peristiwa
Pertemuan Dua Pemimpin Berbeza Landasan yang disertai
Pertemuan yang tidak dijangka dan juga di duga

Bertemulah seorang Perdana Menteri
Disambut oleh Menteri Besar Bergelar Tok Guru
Bukan niat mereka untuk parti dikhianati
Cuma mereka sekadar ingin berpadu

Mengharapkan Kelantan dihadiahkan bantuan
Royalti Petroleum pula diminta
Permintaan Najib Hanyalah Satu iaitu hati orang UMNO hendaklah dijagakan
Barulah senang hati memberi bantuan yang dipinta

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Menjadi Saksi
Pertemuan dua pemimpin berbeza landasan tetapi matlamatnya sama
Agar Islam di Malaysia berpadu agar dihari esok tiada apa yang perlu ditangisi
Tunas Perpaduan bermula di Kelantan negeri kaya budaya

Walaupun sekadar 20 minit masa diperuntukkan
Namun ia sudah cukup untuk menjadi kayu pengukur
Usah lagi diteruskan persengketaan
Kami sebagai rakyat sudah akur.
[yiemega, D'Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan]



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Wednesday, July 8, 2009

Perlawanan Persahabatan Satu Harapan...

Perlawanan Persahabatan Satu Harapan

Kelantan negeri yang aman
Rakyatnya hidup dengan penuh tolenrasi
Manek Urai jadi Perhatian
Satu harapan untuk demokrasi

Pertandingan dua penjuru
Antara PAS dan BN
Perlawanan Persahabatan diseru
Pilihan Raya Kecil Manek Urai Paling Aman

Satu harapan dilontarkan
Agar keamanan di Manek Urai terus kekal
Kempen caci-mencaci perlu dielakkan
Kempen menerangkan agenda masing-masing perlu kekal

Selepas ini diharapkan juga
Pilihan Raya aman seperti Manek Urai
Usahlah bertelagah sesama kita
Kekalahan ditangisi dan kemenangan dirai

Kalah dan menang adat pertandingan
Jangan sekali yang kalah berang
Jangan juga yang menang bermegahan
Marilah bersama menangisi kekalahan dan meraikan kemenangan
[yiemega, D'Manek Urai, Kelantan]

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Friday, July 3, 2009

Mencari Titik Penyatuan Ummah

Mencari Titik Penyatuan Ummah

Perpaduan bermula daripada penyatuan
Penyatuan membawa kepada Perpaduan
Perpecahan membawa kepada kesengsaraan
Elakkan perpecahan dan carilah titik penyatuan

Walau sehebat manapun kita
Tidak semestinya kita tidak perlu bersatu
Musuh sentiasa memerhatikan kita
Kita hanya menunggu masa untuk dipalu

Tiada guna Kita bertelagah sesama sendiri
Kita berbalah sesama kita, mereka pula yang bertepuk tangan
Huraikanlah sengketa demi kekuatan Islam terus tegak berdiri
Apabila kita berpuak-puak, mereka pula bersatu tanpa tentangan

Kita berkelahi sesama sendiri
Mereka mula menuntut hak kita tanpa kita menyedarinya
Hendakkah kita menanggis kerana dek kerana kita Islam pupus di bumi ini
Bumi bertuah bernama Malaysia, kekuatan Islam bergantung pada kita

Usahlah diungkit sengketa lama
Lumrah manusia kadang-kadang tersilap
Bersegeralah lah wahai umat ke arah perpaduan kita
Jangan tunggu lama-lama nanti akhirnya kita lenyap
[ yiemega, D'Wakaf Zain, Kelantan]

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Saturday, June 27, 2009

KaryaMelayu2u berwajah baru....

Kerja-kerja pengubahsuaian blog KaryaMelayu2u akhirnya sudah siap sepenuhnya dengan harapan dapat memberi input dan karya untuk tatapan pelayar dan pembaca yang begitu setia dengan karyamelayu2u.

Terima Kasih saya ucapkan kepada sesiapa sahaja yang menjadi pelayar setia blog ini dan juga yang sudah menjadi pengikut (Follower) blog ini. Jasanya sentiasa saya hargai kerana tanpa mereka siapalah saya.

Adalah saya berharap bilangan pengunjung akan lebih meningkat selepas pengubahsuaian blog ini telah dilakukan dan juga saya juga berharap agar selepas ini blog ini dapat memberikan karya-karya terbaik buat semua.

Perlu diingatkan saya masih mentah di dalam bidang kesasteraan Melayu ini, namun saya tetap akan cuba memberikan yang terbaik buat anda, terima kasih di atas sumbangan anda selama ini...


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Monday, May 18, 2009

Catatan Seorang Kaunselor Pelatih Episod 1


Khairul telah mendaftar diri untuk bertugas sebagai Kaunselor Pelatih di SMK Zainab 2 Kota Bharu, Kelantan. Bertugas sebagai Kaunselor Pelatih ini memang banyak cabaranya tambahan pula bertugas di sekolah yang "terkenal" dengan perangai Pelajarnya.


Hari pertama Khairul Melaporkan diri untuk bertugas di SMK Zainab 2 sebagai Kaunselor Pelatih. Bagi hari Permulaan Khairul telah membuat sesi suai kenal dengan Pengetua SMK Zainab 2 iaitu Puan Norizam. Bermulalah tugas Khairul di SMK Zainab 2.

"Assalamualaikum Pengetua Boleh Saya Masuk" Pinta Khairul dengan Penuh hormat. "Awak boleh masuk sekarang" balas Pengetua sambil tersenyum menenggelamkan mukanya yang kelihat agak serius tersebut. Khairul pun melangkah masuk dengan perlahan-lahan dan tiba di hadapan meja pengetua. Setibanya di Meja Pengetua, Khairul tidak terus duduk sebaliknya beliau menunggu arahan Pengetua untuk menyuruh dia duduk. "La buat Apa Tercegat lagi, Duduklah" Soal Pengetua sambil mengarahkan Khairul duduk.

Setelah Khairul duduk di Kerusi empuk di hadapan meja Pengetua seraya Pengetua Berkata "Awak datang ke Sekolah ini atas pilihan sendiri ataupun pihak universiti yang hantar awak ke sini?" Soal Pengetua dengan muka yang agak Serius. "Saya dihantar oleh Pihak Universiti Puan Pengetua" balas Khairul sambil tersenyum sinis. "Adakah awak bersedia untuk mengikut peraturan-peraturan sekolah ini" Soal Pengetua lagi. "Ya saya amat bersedia untuk mengikut sebarang peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh sekolah ini" balas Khairul dengan selamba. "Kalau begitu baguslah saya harap jangan lepas ini janji hanya tinggal janji pula" balas Pengetua lagi.

"Ok lah selepas ini saya nak awak pergi berjumpa semua Barisan Pentadbir sekolah ini bermula dengan Penolong Kanan Pentadbiran hinggalah Guru Kanan Ketua Bidang" arah Pengetua dengan muka yang agak serius yang boleh membuat siapa sahaja yang melihatnya merasa takut denganya. "Baik Pengetua" balas Khairul ringkas.

Setelah tamat sesi suaikenal Khairul bersama Pengetua, Khairul segera berjumpa dengan Penolong Kanan Pentadbiran untuk sesi suaikenal berikutnya. "Assalamualaikum Puan, boleh saya masuk" pinta Khairul sambil berdiri di hadapan pintu bilik Penolong Kanan Pentadbiran (PKP). "Ya masuklah" balas PKP ringkas. Bagi membuka bicara, PKP menyoal Kharul "Awak bertugas sebagai Kaunselor Pelatih di sekolah ini berapa lama dan sampai bila". Lantas Khairul menjawab "Bermula dari sekarang hinggalah 14 Mei tahun ini, lebih kurang tiga bulan setengah". "Baguslah begitu, saya harap awak dapat bertugas dengan baik di sini" balas PKP sambil tersenyum sinis.

Sesi suaikenal pada hari itu diteruskan dengan perjumpaan dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid atau lebih popular dipanggil "PK HEM". PK Hem sekolah itu bernama Cikgu Rahim. Cikgu Rahim seorang yang lucu dan peramah. Pada perjumpaan Khairul bersama dengan PK Hem tidak banyak yang diperkatakan cuma sedikit penerangan ringkas mengenai Disiplin pelajar sekolah itu sahaja.

Selepas hampir 20 minit Khairul membuat pertemuan dengan PK HEM, kini tiba pula giliran Khairul membuat pertemuan dengan Penolong Kanan Ko-Kurikulum sekolah itu yang lebih dikenali dengan nama "Cikgu Hassan". Perjumpaan dengan PK KO lebih kepada penerangan ringkas berhubung aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan di SMK Zainab 2.

Beberapa minit kemudian, Khairul pula membuat perjumpaan dengan Guru Kanan Ketua Bidang sekolah itu, Pada pertemuan itu Khairul diberi penerangan ringkas oleh Guru Kanan Ketua Bidang mengikut bidang masing-masing akhirnya Khairul mula memasuki Bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk memulakan tugas sebagai Kaunselor pelatih sekolah itu.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!
 

©2009 KaryaMelayu2u | by TNB