Blog ini Ditaja Oleh

Monday, May 29, 2017

Adakah Ramadhan Ini Ramadhan Terakhirku

Adakah Ramadhan Ini Ramadhan Terakhirku

Ramadhan sudah datang lagi
Kedatanganmu ditungu-tunggu
Adakah ini Ramadhan terakhir bagi diriku ini
Ku berdoa agar dapat menghadapi Ramadhan kali ini hingga ke penghujungnya nanti

Aku berharap Ramadhan ini akan terus bermakna
Aku cuba untuk mengadakan ibadahku
Aku cuba untuk mengurangkan dosa 
Agar Ramadhan kali ini terbaik bagiku

Aku mengharap pengampunan Yang Esa
Di atas dosa-dosa silamku
Aku mengharap amal ibadatku lebih baik dari yang dulu kala
Menitis air mataku mengenakan dosa masa lalu ku

Aku terus memanjatkan doa
Agar Ramadhan kali ini yang terbaik bagi diriku
Aku cuba dan terus mencuba berusaha
Sekiranya ini Ramadhan terakhirku 



Aku berharap jika ini adalah Ramadhan terakhirku
Dapat aku membawa pergi amalanku sebagai bekalan ukhrawi
Aku berharap aku telah memberi yang terbaik bagi diriku
Andai aku perlu pergi meninggalkan duniawi

Ya Allah jadikanlah Ramadhan kali ini terbaik bagi diriku
Temukanlah diriku ini dengan Lailatul Qadar
Moga Ramadhan kali ini penuh bermakna bagi diriku
Aku mengharap amal ibadatku bukanlah yang ala kadar

Andaikata ini Ramadhan terakhirku
Aku memohon seribu kemaafan kepada semua rakan-rakan
Ampunilah semua kesalahanku
Agar rohku tenang bersemadi di kuburan

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 KaryaMelayu2u | by TNB