Blog ini Ditaja Oleh

Showing posts with label Barack Obama. Show all posts
Showing posts with label Barack Obama. Show all posts

Friday, June 5, 2009

Sepetang Di Buluh Kubu

Sepetang Di Buluh Kubu
{Nukilan: yiemega}

Kota Bharu Kota Budaya
Minum petang di buluh kubu jadi amalan
Ketika petang berada di penghujungya
Kita minum sampil makan pisang goreng jadi ramuan

Kalau tuan ke Kota Bharu
Medan Selera Buluh Kubu Jadi Tempat Persinggahan
Makanan banyak pilihan ikutlah pilihan di hatimu
Kalau singgah Jangan Lupa Pergi Bazaar Buluh Kubu untuk beli kain

Kalau tuan mahu tengok remaja rosak akhlak
Datanglah ke Medan Selera Buluh Kubu tempatnya
Budak-budak lagi sudah samseng dan rosak akhlak
Gadis Remaja tanpa segan silu menayangkan susuk tubuhnya

Kota Bharu Bandaraya Islam
Islam hanya pada nama
Bukan sebagai pegangan yang diamalkan Islam
Remaja bebas bergaul dengan bukan muhrim di sana

Puisi ini bukan niat nak mengata
Bertujuan murni untuk menasihati
Jangan di salah erti puisi ini kata
Demi cinta pada Kelantan aku sanggup menasihati
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Thursday, June 4, 2009

Jumaat Ini.....

Jumaat Ini
{Nukilan: yiemega}

Jumaat Ini Sungguh Istimewa
Jumaat Ini Umat Islam Bersolat Jumaat di Tengahari
Jumaat Ini merupakan hari mulia di sisi umat Islam seluruh dunia
Jumaat ini penghulu segala hari

Jumaat ini gadis-gadis mula berpakaian sopan
Jumaat ini mereka meninggalkan buat seketika pakaian neraka
Jumaat ini ramai orang lelaki pergi ke masjid dengan sopan
Jumaat ini khutbah disampaikan untuk mereka yang nak ke syurga

Jumaat ini ada juga manusia yang tidak akur dan patuh
Jumaat ini Mat Rempit berlumba di jalanan
Jumaat ini mereka berlumba sampai terjatuh
Jumaat ini mereka lupa akan suruhan

Jumaat ini syurga bagi pencuri selipar di masjid
Datang tanpa alas kaki
Pulang dengan alas kaki yang dicuri di masjid
Mereka yang datang dengan alas kaki susah hati

Itulah ragam di Jumaat Ini
Bermacam dan aneka ragam berlaku
Itulah kisah di Jumaat Ini
Ada yang indah ada yang terpegun kaku.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!
 

©2009 KaryaMelayu2u | by TNB