Blog ini Ditaja Oleh

Thursday, June 4, 2009

Jumaat Ini.....

Jumaat Ini
{Nukilan: yiemega}

Jumaat Ini Sungguh Istimewa
Jumaat Ini Umat Islam Bersolat Jumaat di Tengahari
Jumaat Ini merupakan hari mulia di sisi umat Islam seluruh dunia
Jumaat ini penghulu segala hari

Jumaat ini gadis-gadis mula berpakaian sopan
Jumaat ini mereka meninggalkan buat seketika pakaian neraka
Jumaat ini ramai orang lelaki pergi ke masjid dengan sopan
Jumaat ini khutbah disampaikan untuk mereka yang nak ke syurga

Jumaat ini ada juga manusia yang tidak akur dan patuh
Jumaat ini Mat Rempit berlumba di jalanan
Jumaat ini mereka berlumba sampai terjatuh
Jumaat ini mereka lupa akan suruhan

Jumaat ini syurga bagi pencuri selipar di masjid
Datang tanpa alas kaki
Pulang dengan alas kaki yang dicuri di masjid
Mereka yang datang dengan alas kaki susah hati

Itulah ragam di Jumaat Ini
Bermacam dan aneka ragam berlaku
Itulah kisah di Jumaat Ini
Ada yang indah ada yang terpegun kaku.

Reblog this post [with Zemanta]

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 KaryaMelayu2u | by TNB