Blog ini Ditaja Oleh

Sunday, June 14, 2009

Akhirnya Hujan Membasahi Bumi...

Akhirnya Hujan Membasahi Bumi
{Nukilan: Yiemega}

Sudah berhari-hari sang mentari bersinar megah
Suhu di tengah hari mencanak naik bagai berada dalam ketuhar
Demam menyerang di sana-sini dengan mudah
Dari Kota Bharu hingga ke Kampung Lahar

Anak-anak kecil tiada kelihatan di tengah hari
Tengahari rumah aku suhunya agak panas
Rasa 'Mengelegak' di atas kepalaku ini
Bagai otaku di panggang di atas bara api yang panas

Allah tuhan seru sekian alam Maha Kuasa
Pada Malamnya Akhirnya Hujan turun membasahi bumi
Meredakan kepanasanku di tengahari yang sasa
Aku bersyukur padamu Tuhan kerana hujan akhirnya aku nikmati

Aku tahu kepanasan aku alami hari ini
Khalifah di Bumi Allah ini telah mengkhianiti amanah Yang Esa
Begitu rakus membangunkan 'hutan batu' di sana-sini
Hutan-hutan, bukit bukau dan alam fana ini menjadi mangsa

Asap-asap pembakaran terbuka di sana-sini
Dengan rakus menzalimi bumi tempat kediaman kita
Adakah ini petanda kiamat sudah dekat kita hampiri
Bilakah manusia akan sedar tentang tanggungjawab mereka
{yiemega, D' Kota Bharu, Kelantan}
Reblog this post [with Zemanta]

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 KaryaMelayu2u | by TNB