Blog ini Ditaja Oleh

Wednesday, June 3, 2009

Airmata Seorang Kaunselor Pelatih

Airmata Seorang Kaunselor Pelatih
{Nukilan: yiemega}

Airmataku menitis jatuh berderai
Mengenangkan Kenangan Lalu Bersama Pelajar Zainab Dua
Airmataku menitis lagi
Aku teringat saat gembira bersama mereka

Airmataku jatuh berderai
Pelajar Zainab Dua Sentiasa Dihati Dilupa tiada
Lagi sekali air mataku menitis lagi
Teringat saat-saat mereka membantu aku ketika duit tiada

Airmataku jatuh berderai
Sedetik tidak dapat kulupakan kenangan manis di zainab dua
Airmataku terus mengalir sepi
Jasa mereka sentiasa tersemat di kalbu sentiasa berada

Airmataku jatuh berderai
Terasa aku ingin kembali bertugas di sana
Tapi apakan daya aku tak boleh buat begitu walau sekali
Aku tiada 'kabel' yang dapat membantu aku berbuat sedemikian rupa

Wahai Pelajar Zainab Dua
Walau aku jauh darimu
Aku sentiasa mendoakan agar kelak kamu berjasa
Walau aku tak dekat darimu
Kenangan bersamu pelajar zainab dua di hati sentiasa

Wahai Pelajar Zainab Dua
Kuatkan Semangat, kuatkan usaha, tabahkan hati
Agar kejayaan kau akan kecapi bukan sahaja di dunia
Kejayaan di Akhirat juga menjadi realiti

Reblog this post [with Zemanta]

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 KaryaMelayu2u | by TNB