Blog ini Ditaja Oleh

Showing posts with label Sangiovese. Show all posts
Showing posts with label Sangiovese. Show all posts

Wednesday, June 3, 2009

Airmata Seorang Kaunselor Pelatih

Airmata Seorang Kaunselor Pelatih
{Nukilan: yiemega}

Airmataku menitis jatuh berderai
Mengenangkan Kenangan Lalu Bersama Pelajar Zainab Dua
Airmataku menitis lagi
Aku teringat saat gembira bersama mereka

Airmataku jatuh berderai
Pelajar Zainab Dua Sentiasa Dihati Dilupa tiada
Lagi sekali air mataku menitis lagi
Teringat saat-saat mereka membantu aku ketika duit tiada

Airmataku jatuh berderai
Sedetik tidak dapat kulupakan kenangan manis di zainab dua
Airmataku terus mengalir sepi
Jasa mereka sentiasa tersemat di kalbu sentiasa berada

Airmataku jatuh berderai
Terasa aku ingin kembali bertugas di sana
Tapi apakan daya aku tak boleh buat begitu walau sekali
Aku tiada 'kabel' yang dapat membantu aku berbuat sedemikian rupa

Wahai Pelajar Zainab Dua
Walau aku jauh darimu
Aku sentiasa mendoakan agar kelak kamu berjasa
Walau aku tak dekat darimu
Kenangan bersamu pelajar zainab dua di hati sentiasa

Wahai Pelajar Zainab Dua
Kuatkan Semangat, kuatkan usaha, tabahkan hati
Agar kejayaan kau akan kecapi bukan sahaja di dunia
Kejayaan di Akhirat juga menjadi realiti

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Tuesday, June 2, 2009

Dinginya Pagi Ini

Dinginya di Pagi Ini
{Nukilan: yiemega}

Dinginya di pagi ini
Rasa sejuk sampai ke tulang
Dinginya pagi ini
Teringat aku kepada kenangan yang tak dapat ku ulang

Dinginya di pagi ini
Aku tak mampu menyentuh air dalam kolah
Dinginya di pagi ini
Mengingatkan aku sewaktu bertugas di sekolah

Dinginya di pagi ini
Mengigatkan aku kenangan terindah
Dinginya di pagi ini
Bertugas sebagai kaunselor pelatih

Dinginya di pagi ini
Membuatkan aku teringin memakan buah bidara
Dinginya di pagi ini
Membuatkan aku teringat kepada SMK Zainab Dua

Dinginya di pagi ini
Pelajar-pelajar Zainab Dua sentiasa ingatan
Dinginya di pagi ini
Kenangan bersama mereka tidak dapat aku lupakan

Dinginya di pagi ini
Aku bermunajat dan mohon kepada tuhan yang esa
Dinginya di pagi ini
Agar Impian Pelajar Zainab Dua Menjadi realiti sentiasa

Dinginya di pagi ini
Aku ingin menasihati pelajar zainab dua
Dinginya di pagi ini
Agar patuh pada guru yang berusaha sentiasa

Dinginya di pagi ini
Aku ingin kirimkan salam sejahtera
Dinginya di pagi ini
Pada semua pelajar zainab dua yang berusaha sentiasa

Dinginya di pagi ini
Pelajar Zainab dua jangan kau lupakanya
Dinginya pagi ini
Mungkin suatu hari tiada lagi pagi yang dingin dan mungkin tidak sama keadaanya

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!
 

©2009 KaryaMelayu2u | by TNB