Blog ini Ditaja Oleh

Sunday, June 28, 2009

Muzakarah, Muqabalah, Mujadalah Akhirnya Mu Nok Baloh...

Muzakarah, Muqabalah, Mujadalah Akhirnya Mu Nok Baloh...

Dulu kau tawarkan Muzakarah
Kemudian Muqabalah Ditawarkan
Kini kau ajak pula Mujadalah
Apa sebenar yang kau carikan

Kerajaan Perpaduan Kau Juga Cadangkan
Tapi Akhirnya UMNO Juga Disalahi
Kerajaan Perpaduan Kau sudah Talkinkan
Apa sebab kau ajak Mujadalah lagi

Jangan kau hipokrit di pentas politik
Kami tahu kamu akan mengambil kesempatan ke atasnya
Tak payah lah nak membuang masa dengan perangai mu yang pelik
Kami sudah malas nak melayan karenahnya

Hebat sangatkah diri kau itu
Muzakarah, Muqabalah, Mujadalah
Apa lagi ungkapan yang akan diungkapkan oleh kau
Muzakarah, Muqabalah, Mujadalah dan akhirnya Mu Nok Baloh
{yiemega, D'Kubang Kerian, Kelantan}



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Saturday, June 27, 2009

Misi Mustahil Tapi Peluang Itu Ada....

Misi Mustahil Tapi Peluang Itu Ada

Misi Mustahil Satu Misi Yang Perlu Ditempuhi
Walaupun Mustahil tetapi peluang tetap ada
Walau peluh mengalir di dahi
Misi Mustahil mesti diteruskan jua

Misi BN Di Manek Urai
Sukar Mengikut Kata Najib
Walaupun Sukar Di Manek Urai
Tapi Peluang Itu Ada kata Najib

Jentera BN Perlu Kerja Kuat
Jangan Bekerja untuk mencari kekayaan
Berkerjalah untuk rakyat
Kekayaan yang dicari tidak berkekalan

Bangkitlah wahai Pemuda
Jangan sekali-kali alpa dengan waktu
Tersilap langkah akibatnya merana
Berjuanglah wahai pemuda tanpa mengira waktu.,,
{Yiemega, D'Kota Bharu, Kelantan}


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

KaryaMelayu2u berwajah baru....

Kerja-kerja pengubahsuaian blog KaryaMelayu2u akhirnya sudah siap sepenuhnya dengan harapan dapat memberi input dan karya untuk tatapan pelayar dan pembaca yang begitu setia dengan karyamelayu2u.

Terima Kasih saya ucapkan kepada sesiapa sahaja yang menjadi pelayar setia blog ini dan juga yang sudah menjadi pengikut (Follower) blog ini. Jasanya sentiasa saya hargai kerana tanpa mereka siapalah saya.

Adalah saya berharap bilangan pengunjung akan lebih meningkat selepas pengubahsuaian blog ini telah dilakukan dan juga saya juga berharap agar selepas ini blog ini dapat memberikan karya-karya terbaik buat semua.

Perlu diingatkan saya masih mentah di dalam bidang kesasteraan Melayu ini, namun saya tetap akan cuba memberikan yang terbaik buat anda, terima kasih di atas sumbangan anda selama ini...


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Sunday, June 21, 2009

Bukan Itu Impian Mereka...

Bukan Itu Impian Mereka

Manek Urai Menjadi Perhatian
Janji Pembangunan terus dijaja
Walhal Pengundi Manek Urai Sederhana dalam kehidupan
Bukan pembangunan menjadi impian mereka

Mereka tidak akan tanya berapa banyak bangunan nak dibina
Mereka tidak akan berminat dengan Hutan Batu
Mereka hanya mahukan pemimpin yang tau jerit payah mereka
Jangan sekali mengecilkan hati mereka itu

Mereka bukan menolak pembangunan
Mereka suka hidup sederhana sahaja
Sesuai dengan Wassatiyah dalam kehidupan
Bukan pembangunan yang dicari mereka

Kalau nak buat pembangunan sekalipun
Jangan sekali-kali menjaja janji manismu itu
Mereka bijak menilai siapa yang layak jawatan ADUN
Kepimpinan yang adil itulah harapanya padamu
[yiemega, D'Manek Urai, Kuala Krai Kelantan]


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Saturday, June 20, 2009

Samseng Cilik Flat Buluh Kubu...

Samseng Cilik Flat Buluh Kubu

Kelantan Darul Naim Ibu Negerinya Kota Bharu
Di situ letaknya Rumah Pangsa Buluh Kubu
Yang turut dikenali dengan nama Flat Buluh Kubu
Penghuninya ramai yang suka makan budu

Medan Selera Buluh Kubu Terletak Berhampiran denganya
Suasana di sini amat kotor dan jijik sekali
Orang ramai dengan selesa menjamu selera
Tikus sebesar kucing berlari-lari

Ini kisah samseng Cilik Buluh Kubu
Tidak kira siapa akan jadi mangsa mereka
Melayu, Cina, India atau Myanmar sentiasa mereka buru
Mereka sentiasa berlagak hebat walau belum tumbuh bulu

Satu Ringit, Dua Ringgit kadang semua dikebasnya
Apa pun terjadi mereka tidak akan disedari
Kadang-kadang cikgu mereka sendiri pun diugutnya
Hidup mereka sehari-hari dosa selalu mereka dekati

Ibu-bapanya terlalu sibuk mencari rezeki
Sampai tak ingat dunia ini bakal berakhir
Apa yang mereka tahu wang lebih penting daripada anak lelaki
Ada yang solat pun tidak, sibuk berniaga tanpa akhir

Samseng Cilik Flat Buluh Kubu
Orang berjasa padanya akan dibalas buruk olehnya
Mereka tidak bersyukur dengan pertolongan orang yang tak jemu-jemu
Kadang-kadang orang itu umpa melepaskan anjing tersepit padah akhirnya
[yiemega D'Wakaf Mek Zainab, KB, Kelantan]
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Wednesday, June 17, 2009

Ke Makam Ayahnda..

Ke Makam Ayahnda

Pada keheningan pagi subuh yang dingin
Aku singgah sebentar ke makam Ayahnda
Aku lihat makammu dipenuhi rumput
Lantas aku mencabut rumput itu di Dinihari

Ku lihat makammu terkenang aku jasamu
Teringat aku masa dirimu masih ada
Jerit dan payahmu membesarkan aku
Dari aku kecil hinggalah aku dewasa

Bau haruman dari bunga kemboja
Menambahkan lagi aroma kesedihanku
Kini kau sudah tiada
Hanya yang ada hanya makammu

Kedinginan pagi mengharukan aku
Embun menitis diatas makam Ayahnda
Aku berjanji padamu
Aku akan membalas jasamu padaku Ayanda

Makam Ayahndaku yang sepi itu
Akhirnya bunyi Bacaan Al-fatihah memecahkan kesepian
Ayanda anaknda menadah tangan berdoa untukmu
Damailah engkau di sana menikmati rehat di akhiran.
[Yiemega, D'Tanah Perkuburan Islam Kampong Raja]
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!

Pengemis Cilik Myanmar Di Wakaf Che Yeh

Pengemis Cilik Myanmar Di Wakaf Che Yeh
{Nukilan: yiemega}

Di tengah kepekatan malam
Aku bertandang ke Wakaf Che Yeh
Bukan Untuk Bersukaria di waktu malam
Sekadar ingin makan malam sambil melihat kesibukkan Wakaf Che Yeh

Aku singgah di gerai makan
Aku pesan Nasi Sup Perut Kegemaranku
Apabilan makanan pesanan ku tiba terus ku makan
Tiba-tiba datang seorang pengemis cilik Myanmar menganggu waktu makanku

Wahai Pengemis Cilik Myanmar
Kehadiranmu menyusahkan aku sahaja
Bukan aku tidak mahu menolongmu wahai Pengemis Cilik Myanmar
Tetapi aku meluat melihat perangaimu

Apa sebab kau jadi pengemis
Hidup seharianmu dengan mengharapkan simpati orang
Tak ada kerja lain selain mengemis
Aku tengok anggota badan kau cukup lengkap tanpa lompang

Kenapa kau mengemis
Adakah kerana hanya itu sahaja kerja kau
Kenapa kau tak ke pantai mencari remis
Adakah kerja itu susah buat kau

Pengemis Cilik Myanmar dirimu aku benci
Bukan benci sebarang benci tetapi benci dengan sikapmu
Kau datang dari negara sejauh Myanmar semata-mata untuk meraih simpati
Kau bukan tahu apa pelancong akan kata nanti kerana sikapmu itu

Pengemis Cilik Myanmar usahlah mengemis lagi
Carilah kerja untuk mencari rezeki buatmu
Tak payah mengharapkan simpati
Jangan harapkan seringgit percuma untukmu

Usahalah dengan bersungguh-sungguhnya
Usahlah ditagihkan simpati orang ramai
Aku tahu 'simpatimu' itu dusta dan nista
Malah ia turut menjadi buah mulut orang ramai.
[yiemega, D'Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan]
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Sepenuhnya!
 

©2009 KaryaMelayu2u | by TNB